Sekolah perlu kawal program Minggu Solidariti Palestin, kata Anwar

Sekolah perlu kawal program Minggu Solidariti Palestin, kata Anwar

Sekolah digesa mengawal sebarang alatan yang dibawa pelajar termasuk ketika Minggu Solidariti Palestin, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Beliau membuat teguran itu susulan satu laporan pelajar dan guru membawa senjata mainan ke sekolah yang didakwa berkaitan minggu solidariti terbabit.



“Itu kita kena kawal. Tadi kita bincang di Jemaah Menteri, pertama kita tidak galakkan dan paksa semua sekolah (buat Minggu Solidariti Palestin).

“Keduanya kita kena kawal supaya jangan jadi masalah,” katanya kepada media selepas ditemui di sebuah restoran di Dengkil.

Sebelum itu, beberapa NGO dan wakil rakyat membantah arahan untuk sekolah mengadakan Minggu Solidariti Palestin pada 29 Okt hingga 3 Nov ini, dengan menggesa kerajaan tidak membabitkan institusi pendidikan dalam isu konflik antarabangsa, perang dan pertikaian agama.

Semalam, Kementerian Pendidikan mempertahankan pelaksanaan program itu dengan berkata ia untuk menyemai nilai kemanusiaan dan sifat empati “tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial”.



Sekolah perlu kawal program Minggu Solidariti Palestin, kata Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker