Nenek berjubah berjaya tamatkan marathon [VIDEO]

 Tangkap layar perkongsian seorang nenek yang berjaya menamatkan larian dengan gaya yang bersahaja.

Usia bukan penghalang bagi seorang nenek untuk menamatkan larian dalam satu acara maraton yang dianjurkan di Melaka, semalam.

Menerusi satu hantaran di TikTok, warga emas itu berjaya menarik perhatian orang ramai apabila tampil bersahaja ketika menyertai acara tersebut dengan mengenakan busana jubah rona hijau dan tudung hitam.

Rata-rata orang ramai kagum dengan stamina yang ditonjolkan warga emas tersebut walaupun sudah lanjut usianya.

“Terbaik nenek, semoga nenek sihat selalu,” doa seorang pengguna.



“Nenek lebih produktif daripada saya,” kata Arif.

“Hebat Nek, saya lari sikit pun sudah lelah,” tulis Jamal.

Pada masa yang sama, ada juga yang terhibur apabila nenek itu sekadar menyarung selipar dan pakaian hariannya.

“Walaupun tanpa pakaian sukan berjenama mahal, beliau tetap ‘steady’ masuk marathon,” seloroh Irene.



“Nenek memang ‘steady’, masuk maraton pun pakai jubah sahaja,” kata Syahirah.

“Tak ada alasan tak boleh join (sertai) dah selepas ini, nenek pun siap berjubah, berselipar weh,” tulis Nadira.

Video perkongsian tersebut telah tular di TikTok sehingga meraih 186,500 tontonan, 21,700 tanda suka, dan 2478 perkongsian. – KOSMO! ONLINE



 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookTwitterInstagramYoutube, & TikTok

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle



Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker