Muhamad Aznil tambah kilauan emas kedua negara di Sukan Komanwel

Muhamad Aznil menjuarai acara angkat berat kategori 61 kilogram (kg) pada Sukan Komanwel 2022 hari ini

PETALING JAYA – Skuad angkat berat menambah satu lagi pingat emas pada temasya Sukan Komanwel 2022 menerusi Muhamad Aznil Bidin selepas muncul juara bagi kategori 61 kilogram (kg) sebentar tadi.

Impian Aznil untuk meraih pingat emas di Sukan Komanwel sekali lagi terlaksana selepas melakukan angkatan keseluruhan sebanyak 285kg.

Kemenangan tersebut sekali gus memastikan Aznil menambah koleksi emas keduanya selepas merangkul emas tahun lalu di Gold Coast, Australia dalam kategori 62kg

Atlet Papua New Guinea, Morea Baru yang dijangka memberi tentangan sengit terpaksa berpuas hati meraih perak selepas melakukan angkatan keseluruhan 273kg, manakala gangsa menjadi milik atlet India, Gururaja Poojary.



Terdahulu, Kontinjen Malaysia membutirkan kilauan emas pertama menerusi Mohamad Aniq Kasdan selepas melakukan angkatan terbaik sekali gus memenangi kategori 55kg.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)



ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker