Pesilat Negara: Siti Rahmah, Al Juffri berjaya ke pentas akhir

JAGUH silat negara Siti Rahmah Mohamed Nasir dan Mohd Al Jufferi Jamari menepati ramalan, apabila mara ke pusingan akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022.

Namun, laluan kedua pesilat negara itu pada aksi separuh akhir pada petang ini tidak semudah yang dijangkakan apabila diberi tentangan hebat, sebelum berjaya menewaskan lawan masing-masing.

Juara dunia empat kali Siti Rahmah yang beraksi dalam Kelas F Wanita, turut menerima tentangan hebat dari pesilat Singapura Nur Shaqira Sheik Alau’ddin sebelum melakar kemenangan 38-16.



Lebih mendebarkan, saingan kedua pesilat di hadapan lebih 500 penonton tersebut berlangsung dalam suasana tegang, termasuk Siti Rahmah diberikan amaran apabila tertendang bahagian leher Nur Shaqira.

“Saya cuba bermain secara selamat sebab sebolehnya nak elakkan cedera. Sudah pasti matlamat utama saya adalah mempertahankan emas dalam kejuaraan ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.

Bakal bertemu pesilat Vietnam Quang Thi Thu Nghia, pesilat berusia 35 tahun dari Terengganu itu mengakui perlu bersedia dengan lebih rapi.

“Ini adalah pertemuan kedua kami dan saya mahu menebus kekecewaan kerana kalah pada Quang di Sukan SEA Hanoi. Jadi untuk pertemuan akhir ini, saya mohon penyokong semua mendoakan kejayaan saya,” katanya.



Pada aksi Kelas F Lelaki pula, Mohd Al Jufferi terpaksa mengerah sepenuh pengalaman dan kudrat untuk menafikan kemaraan lawannya dari Algeria Zetout Abdelmalek, dengan keputusan 48-17.

Juara dunia tiga kali itu bakal berentap dengan pesilat dari Indonesia Iqbal Chandra Pratama di pentas akhir, yang sebelum itu menutup peluang Vu Duc Hung dari Vietnam dengan keputusan 36-15.

Dalam pada itu impian kapten pasukan Malaysia Mohd Fauzi Khalid, untuk berentap di pentas akhir tidak kesampaian apabila tewas 86-93 kepada wakil Thailand Suthat Bunchit.

Beraksi dalam Kelas G Lelaki, Mohd Fauzi diberi tentangan sengit malah masing-masing silih mengejar kutipan mata hingga berlaku kekasaran yang membawa kepada bantahan, sebelum terpaksa akur dengan kemenangan Suthat.



Aksi final edisi kejuaraan ke-19 ini akan berlangsung malam esok, selepas mengharungi enam hari perlawanan yang bermula 26 Julai lepas, dengan penyertaan lebih 500 peserta dari 40 negara termasuk Indonesia, Thailand, Filipina, Kanada, Vietnam dan Malaysia selaku tuan rumah. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)



ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker