RUU Anti Lompat Parti dilaksana hujung September

SHAH ALAM – Undang-Undang Anti Lompat Parti dijangka mula dilaksanakan menjelang penghujung bulan September tahun ini.

Memetik laporan daripada The Borneo Post, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Undang-Undang Anti Lompat Parti itu akan diwartakan pada tempoh tersebut dan Rang Undang-Undang (RUU) bagi akta terbabit sedia dibentangkan pada hari pertama persidangan Parlimen pada 18 Julai ini.

“Undang-undang itu sedia untuk dibentangkan. Saya mempunyai jadual garis masa (berhubung perkara itu) dan ia akan dibentang pada 18 Julai ini,” katanya kepada media terbabit pada Sabtu.



Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, beliau akan memberi masa kepada ahli-ahli Parlimen untuk mengkaji versi RUU berkenaan termasuk skop dan parameternya.

Menurutnya, beliau bersedia untuk membahaskan mengenai RUU tersebut dan yakin bahawa perbahasan itu akan dibahaskan dengan jayanya serta diluluskan di Dewan Rakyat.

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]



Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker