Wanita ‘Mat Saleh’ kencing dalam bas kerana pemandu enggan berhenti

 

Rakaman CCTV yang merakam wajah suspek yang terlibat dalam kejadian kencing dalam bas di England. – Metro UK

LONDON – Seorang wanita di England bertindak di luar jangkaan apabila membuang air kecil di dalam sebuah bas kerana pemandunya enggan berhenti di tandas awam, lapor akhbar Metro UK.

Wanita itu dan rakan-rakannya kini dikehendaki polis kerana menyebabkan kerosakan bernilai £700 (RM3,727) dan bertindak mencemuh penumpang lain.

Ketiga-tiga mereka pada ketika itu dalam perjalanan dari Bournemouth ke Ringwood di Hampshire dengan menaiki bas dua tingkat.

Apabila pemandu bas enggan memberhentikan bas untuk wanita berkenaan pergi ke tandas, suspek memutuskan untuk membuang air kecil di tempat duduknya.

Semasa dia membuang air kecil, rakan lelakinya didakwa menjerit ke arah penumpang lain dan menendang pintu serta cermin hadapan bas.

Disebabkan gangguan itu, semua penumpang terpaksa meninggalkan bas di bandar Verwood di pinggir New Forest.

Suspek kemudian didakwa menyerang dua wanita muda lain.

Penyiasat sokongan komuniti di Polis Dorset, Kate Hann berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian itu.

“Sesiapa yang mengenali suspek dan rakan-rakannya dalam rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang diedarkan polis, sila hubungi kami.

“Saya juga memohon mangsa serangan suspek untuk tampil ke hadapan supaya kami boleh menyiasat apa sebenarnya yang berlaku,” Kata Hann. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker