“Dah Kahwin, Ada 7 Boyfriends” – Wanita Buka Baju Separuh Bogel Ceritakan Latar Belakangnya [VIDEO]

“Dah Kahwin, Ada 7 Boyfriends” – Wanita Buka Baju Separuh Bogel Ceritakan Latar Belakangnya [VIDEO]

PELAWAK wanita yang mencipta kontroversi dengan menanggalkan baju kurung dan tudung sewaktu melakukan persembahan komediri (stand up comedy) baru-baru ini, tampil dengan satu lagi video baharu yang dimuat naik di laman sosial.

Seperti tidak terkesan dengan kecaman ramai, wanita bernama Siti Amira Natasya Abdullah muncul dalam video secara solo dan menceritakan mengenai latar belakang dirinya.

“Ramai yang mesej minta share sedikit diri pasal saya,” katanya pada permulaan video berkenaan.

Menerusi video berdurasi lebih dua minit itu, dia yang membahasakan diri sebagai Amy tampil membuat pendedahan yang agak mengejutkan.

“Amy sudah berkahwin dan Amy ada tujuh boyfriends,” katanya tanpa memperincikan lebih lanjut mengenai statusnya itu

Untuk rekod, selepas penularan video kontroversinya, Siti Amira tampil bersama teman lelaki yang dikenali sebagai Alex menerusi siaran langsung di saluran YouTube milik mereka pada Sabtu.

Di dalam siaran langsung yang dibuat khas untuk menjawab soalan netizen, Alex memaklumkan dia akan memeluk Islam dan bakal mengahwini teman wanitanya itu.

https://youtu.be/jmhysT3brQQ

Sementara itu dalam video solonya juga, Siti Amira mengulangi dia pernah menghafal ayat al-Quran sebanyak 15 juzuk.

Malah wanita berusia 26 tahun itu tanpa segan silu mendedahkan dia sememangnya dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran Islam.

“Semasa berumur lima ke enam tahun, saya dah kena pakai tudung, tutup aurat, pakai stoking. Tapi masa umur 20 tahun, saya officially mula tanggal tudung. Saya tak pakai tudung dah.

“Masa tingkatan satu, dua dan tiga, saya dihantar ke sekolah agama, sekolah tahfiz dan saya telah menghafal 15 juzuk AlQuran.

“Habis saja tahfiz iaitu tingkatan empat dan lima, saya ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Habis SPM, saya masuk tingkatan enam… ambil (subjek) perniagaan,” ujarnya sambil menambah, dia kemudian meneruskan pengajian di sebuah universiti di Pulau Pinang.

“Sekarang saya masih bekerja sepenuh masa, dan dalam masa yang sama belajar bidang undang-undang secara part-time.

“Selain ini itu saya sedang berjinak-jinak menjadi seorang comedian. Anda boleh tunjukkan sokongan kepada saya, sila kongsi video,” ujarnya sebelum mengakhiri video tersebut.

Sehingga kini video yang dimuat naik di akaun TikTok Siti Amira Natasya itu meraih sehingga lebih 11,000 jumlah tontonan.

VIDEO DIBAWAH:-

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil menyelar wanita berkenaan dengan ada yang mempersoalkan mengenai penerimaan serta reaksi keluarganya selepas penularan video berkenaan.

“Betapa remuknya hati ibu dan ayah awak.

“Ibu ayah dan famili yang lain tak kisah ke buka tudung? Apa reaksi mereka.

“Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa,” demikian antara komen netizen.

Selain video berkenaan, wanita tersebut kemudian memuat naik video berasingan namun kali ini penampilannya sedikit berbeza apabila mengenakan hijab.

Menerusi video terbaharu itu, dia berkongsi pengalamannya ‘berdating’ dengan lelaki yang dikenali menerusi ‘dating apps’.

Pada Sabtu, tular video memaparkan Siti Amira mempersendakan Islam ketika membuat persembahan komediri di sebuah kelab di Kuala Lumpur.

Wanita itu pada mulanya tampil mengenakan pakaian sopan dan mengakui pernah menghafal ayat al-Quran sebanyak 15 juzuk, namun kemudian dia mula menanggalkan pakaiannya dan memperlihatkan pakaian seksi yang dipakai di bahagian dalam.

Susulan itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memaklumkan sedang menyiasat video berkenaan dan tidak akan berkompromi dengan perbuatan mempersendakana agama Islam. mSTAR

“Dah Kahwin, Ada 7 Boyfriends” – Wanita Buka Baju Separuh Bogel Ceritakan Latar Belakangnya [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker