Shafie dakwa Adun Warisan ‘dibeli’

Shafie dakwa Adun Warisan ‘dibeli’

Presiden Warisan itu mendakwa lebih ramai Adun parti itu akan berpaling tadah.

–Presiden Warisan, Shafie Apdal mendakwa tiga Adun Sabah meninggalkan parti itu untuk menyokong Ketua Menteri, Hajiji Noor minggu lalu kerana “dibeli”.



“Baru saja, apabila saya baru nak balik umrah ketika di Mekah, (saya dapati) tiga orang Adun saya kena beli,” kata Shafie (Warisan-Semporna) di Dewan Rakyat.

Beliau merujuk Mohammad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan Norazlina Arif (Kunak) yang kini merupakan wakil rakyat bebas.

Bekas ketua menteri Sabah itu turut mendakwa beberapa wakil rakyat Warisan juga “dibeli” ketika pentadbiran bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

“Daripada 23 orang, kini tinggal 16. Ini saya dengar ada lagi nak ‘dibeli’.”



Katanya, ini sebabnya beliau menggesa Sabah melaksanakan enakmen anti-lompat parti di peringkat negeri.

Beliau turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan “membeli” Adun itu.

Lo Su Fui (GRS-Tawau) kemudiannya meminta Shafie membawa perkara itu ke mahkamah kerana tuduhan dibuatnya “sangat serius”.

FMT cuba menghubungi Pejabat Ketua Menteri Sabah dan Muhyiddin untuk mendapatkan komen. FMT



Shafie dakwa Adun Warisan ‘dibeli’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai



Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker