Lelaki Hidap HIV Kongsi Kisah Dianiaya Rakan

Lelaki Hidap HIV Kongsi Kisah Dianiaya Rakan

Menerusi program ‘Realiti’ episod kedua ‘Dikhianati Kawan, Aku HIV’, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Hariz tampil berkongsi mengenai kisah hitamnya apabila disahkan menghidap HIV.

Sejak kecil kena ejek



Menurut Hariz, sejak kecil dia sering menjadi mangsa ejekan rakan-rakan kerana sifatnya yang lembut. Ujar Hariz, dia mempunyai perasaan terhadap kaum sejenis namun, tidak pernah terlanjur dengan mana-mana lelaki sepanjang tempoh waktu tersebut. Tambah Hariz, detik hitam dalam hidupnya bermula apabila dia mengenali seorang lelaki yang bernama Danish.

Saya membesar sebagai seorang yang feminim. Dekat sekolah ramai ejek pondan, bapok, mak nyah. Kecaman itu semua menghancurkan konfiden diri saya. Sampai zaman kerja, saya terjumpa seorang kawan bernama Danish. Kami rapat dan sewa rumah sekali.

Danish sangat ramah. I selesa dengan dia sebab minat kami sama. Kami minat hubungan sejenis. Itu membuatkan saya selesa dan bersifat terbuka apabila bersama dia.

Sebagai kawan, Danish ni seorang yang baik. Tapi ada perangai dia yang saya tak suka. Sebagai contoh, dia aktif bertukar pasangan. Saya selalu nampak dia keluar masuk rumah dengan lelaki yang berbeza tanpa rasa malu. Bila saya fikir balik, mungkin kami berdua masa itu.



Jelas Hariz, dia terlanjur bersama Danish selepas pulang daripada sebuah parti.

Kisah bermula apabila kami pergi sebuah parti dan balik dalam keadaan mabuk. Masa itu kami mula dengan pegang tangan. Tanpa sedar, kami berdua terlanjur.

Keesokan hari, kami kembali seperti normal. Saya dan dia tak fikir pasal kejadian yang berlaku semalam. Kami dua tak ungkit. Cuma, saya rasa pelik juga kenapa Danish nak ‘bersama’ pada malam itu sedangkan kami hanya berkawan.

Rupanya dia dah tahu



Berbalik kepada cerita bagaimana Hariz boleh mengetahui dia menghidap HIV, lelaki berusia lingkungan 30-an ini berkata dia dijumpai oleh seorang pak cik ketika tidur di tepi jalan.

Ada satu masa, saya sedar dah ada dekat hospital. Ada seorang pak cik jumpa saya dekat tepi jalan tengah tidur. Pak cik itu yang telefon ambulans untuk ambil saya dan bawa ke hospital. Apabila dah sedar, saya rasa pelik. Doktor dan jururawat cuba tenangkan saya. Mereka bagitahu saya ada masalah kesihatan iaitu HIV.

Disebabkan saya tak dapatkan rawatan yang cepat, virus tersebut telah memberi kesan kepada otak dan paru-paru saya. Doktor beri saya ubat. Sampai sekarang kena makan ubat supaya boleh stabilkan sel dalam badan.

Bercerita lebih lanjut, Hariz berkata dia sangat keliru pada masa tersebut. Ini kerana, dia tidak pernah ‘tidur’ dengan mana-mana lelaki selain Danish.



Sebab Danish orang pertama. Saya jenis pemalu dan takut dengan orang. Bila fikir balik, saya rasa Danish punca dia.

Saya terus telefon dia lepads dapat tahu ada HIV. Saya minta Danish buat pemeriksaan takut saya punca dia kena. Paling mengejutkan saya, dia mengaku yang dah tahu ada HIV sejak 5 bulan yang lalu. Saya terkejut dan terus berasa marah. Kenapa dia tak bagitahu saya. Dia boleh jawab, dunia ini tak adil, kalau aku dapat semua kena dapat.

Sedih mendengar pengakuan tersebut, Hariz berkata dia terpaksa redha dengan apa yang sudah berlaku. Sebagai pengajaran, Hariz memberitahu penonton bahawa HIV ni banyak stigma dalam kalangan masyarakat. Oleh sebab itu, dia berasa Danish salah seorang mangsa stigma.

Tambah Hariz, seseorang yang menghidap HIV perlu ‘bangun’ untuk meneruskan kehidupan kerana pada zaman sekarang sudah ubat untuk penyakit tersebut. Jelasnya lagi, perbuatan Danish menganiaya dirinya itu tidak perlu dijadikan contoh kerana ianya suatu perbuatan yang tidak baik.



Jangan rasa dunia tak adil dan ini jalan pengakhiran. Kita ada ubat. Saya tak boleh larang orang buat hubungan seks. Tapi apa yang boleh saya katakan, amalkan seks yang selamat dan guna kondom. OB

Lelaki Hidap HIV Kongsi Kisah Dianiaya Rakan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker