Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

KOTA KINABALU – Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah memaklumkan polis bandar raya sedang menyiasat gambar wanita berkelakuan tidak senonoh termasuk menunjukkan payudara serta punggung di tempat awam seperti di media sosial sejak semalam.

Beliau berkata, pihaknya mengesan empat keping gambar wanita yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam iaitu di Jalan Gaya Street pada pukul 5.20 petang.



“Dua keping gambar di malam hari memaparkan seorang wanita menunjukkan perbuatan yang tidak senonoh seperti menunjukkan payudara serta punggungnya.

“Manakala dua keping gambar di siang hari yang lain pula memaparkan seorang wanita hanya berpakaian dalam di dalam kawasan terbuka di sekitar Jalan Gaya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan juga Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zaidi memohon kerjasama orang ramai yang mengenai individu terbabit untuk menghubungi pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Inspektor Nur Hatin Amera Mohd Khir di talian 011-12939436.



“Orang ramai juga boleh menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular dua keping gambar menunjukkan seorang wanita mendedahkan payudara dan punggungnya di kawasan umum dipercayai di bandar raya Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, bila dan siapa yang mengambil gambar ini tidak dapat dipastikan. K Online

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita



Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil



Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker