Kasari isteri di pelamin, netizen usik malam pertama ditunda

Kasari isteri di pelamin, netizen usik malam pertama ditunda

JAKARTA – Sebuah video yang menunjukkan pasangan pengantin lelaki secara tidak sengaja telah ‘mengasari’ isterinya ketika menjalani satu upacara adat perkahwinan tular di media sosial, lapor laman Suara.com semalam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh sebuah akun di aplikasi sosial TikTok itu, kedua-dua orang mempelai dilihat sedang berdiri secara berhadapan sambil melemparkan butiran beras ke arah satu sama lain bagi menjalani satu upacara adat perkahwinan masyarakat Jawa.



Akibat terlalu ‘bersemangat’, pengantin lelaki telah melemparkan beras dengan kuat ke arah wajah pengantin perempuan sehingga menyebabkan dia kesakitan.

Menyedari hal itu, beberapa individu yang berada berdekatan pasangan itu meminta pengantin lelaki untuk melakukan upacara itu secara perlahan-lahan dan dengan gerakan yang lebih lembut.

Netizen yang menonton video tersebut meninggalkan pelbagai komen dan rata-ratanya mengusik pengantin lelaki bahawa dia terpaksa ‘melupakan sahaja malam pertamanya’ susulan lemparan kuat itu.

“Automatik batal malam pertamanya,” tulis seorang netizen.



“Malam pertamanya bakal ditunda,” tulis netizen lain.

Video tersebut sudah ditonton lebih 20,000 kali dengan lebih 11,000 tanda suka. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kasari isteri di pelamin, netizen usik malam pertama ditunda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker