Berpaut pada kereta sejauh 10 meter diseret perompak

Berpaut pada kereta sejauh 10 meter diseret perompak

PORT DICKSON – Seorang lelaki berhadapan detik mencemaskan apabila diseret sejauh 10 meter ketika cuba mengejar penjenayah yang melarikan kereta Perodua Kelisa miliknya yang diletakkan di hadapan sebuah kedai di Jalan Besar Pasir Panjang, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 9 pagi daripada mangsa berusia 42 tahun.



Menurutnya, suspek tiba-tiba masuk ke dalam kenderaan mangsa yang diletakkan di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Besar Pasir Panjang.

“Mangsa cuba menghalang suspek dengan berpaut pada keretanya, namun diseret oleh suspek sejauh 10 meter. Akibat kejadian itu mangsa mengalami cedera dan melecet pada bahagian tangan, kaki dan belakang badan.

“Dengan tindakan pantas polis, suspek berjaya ditahan kira-kira 10 minit selepas kejadian susulan hebahan dibuat mengenai kes kecurian yang berlaku,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Aidi Sham lagi, suspek lelaki berusia 34 tahun ditahan di Batu 15.5 Pasir Panjang, Port Dickson kira-kira pukul 9.10 pagi.



Menurutnya, hasil semakan mendapati suspek mempunyai 18 rekod jenayah lampau dan telah direman empat hari bermula 29 Januari sehingga 1 Februari ini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya sambil menasihatkan orang awam untuk lebih berhati-hati menjaga harta benda masing-masing serta memastikan kenderaan dimatikan walaupun mahu membeli atau menyelesaikan urusan dalam tempoh singkat. K Online

Berpaut pada kereta sejauh 10 meter diseret perompak

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35



Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker