PM lancar 3 inisiatif bangunkan sumber manusia secara mampan

PM lancar 3 inisiatif bangunkan sumber manusia secara mampan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan tiga inisiatif Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam usaha membangunkan sumber manusia secara berterusan dan mampan.

Tiga inisiatif tersebut meliputi inisiatif Pusat Satelit MyFutureJobs, penggunaan tracker di Institute Latihan, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Sidang Kemuncak Transformasi Pembangunan Sumber Manusia Antarabangsa (HRTS).



Kementerian Sumber Manusia menerusi kenyataan memaklumkan inisiatif penggunaan tracker adalah bagi menangani penularan COVID-19 di institusi pengajian JTM.

“JTM merupakan institusi pendidikan pertama yang menggunakan tracker yang dibangunkan oleh Malaysia Automotibe Robotics and IoT Institute (MARii) yang sebelum ini hanya digunakan dalam kalangan industri.

“Penggunaan tracker ini akan membolehkan pengesanan kontak rapat yang lebih efetif bagi memastikan keseluruhan institusi tidak ditutup sekiranya terdapat kes COVID-19 dalam kalangan pelatih,”katanya.

Selain itu, HRTS yang turut dilancarkan hari ini akan dilaksanakan pada Mac 2022 dengan kolaborasi Human Resource Development Corporation (HRD Corp).



Persidangan ini adalah julung kali diadakan dan akan melibatkan Menteri Perburuhan dan Sumber Manusia dari negara-negara rantau Asia Pasifik serta pelbagai pemegang taruh serantau yang berkaitan.

Persidangan ini antaranya akan membincangkan mengenai isu-isu dan cabaran terkini serta solusi Human Resource 5.0 (HR5.0) yang berkonsepkan penggunaan teknologi termasuk pendigitalan untuk keperluan guna tenaga manusia di masa hadapan.

Inisiatif Pusat Satelit MyFutureJobs pula ialah kolaborasi KSM bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Baca juga: Walau apa keadaan, Pas tetap bersama UMNO – Hadi
Baca juga: Tawaran pengurangan saman trafik sehingga 50% mulai esok
Sehingga kini, terdapat 61 Pusat Satelit MyFutureJobs di seluruh negara yang diwujudkan sebagai transit satellite centre kepada golongan pencari kerja di luar bandar dan desa yang mengalami kekurangan fasiliti untuk akses kepada portal MyFutureJobs.



Pelancaran kesemua inisiatif berkenaan disempurnakan Perdana Menteri, pada Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia yang diadakan bersempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang memasuki hari kedua hari ini.

Ismail Sabri kemudiannya turut meluangkan masa melawat reruai di karnival berkenaan selain beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.

PM lancar 3 inisiatif bangunkan sumber manusia secara mampan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker