‘Merempit’ Dengan Pakai Kain Pelikat

‘Merempit’ Dengan Pakai Kain Pelikat

Lagak seorang samseng jalanan yang berkain pelikat bersama adik dan dua rakannya melakukan aksi berbahaya di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, dekat sini mengundang padah selepas perbuatan itu dikesan polis pada Sabtu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, aksi geng berkenaan dikesan pada jam 12.50 tengah malam oleh sepasukan anggota Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman.



“Pemantauan mendapati kumpulan terbabit dengan jelas melakukan aksi Superman, menundukkan badan, bersaing sesama sendiri dan zig-zag.

“Selepas diekori, keempat-empat penunggang itu memberhentikan motosikal di Plaza Tol Bangi sebelum ditahan,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, selain sitaan motosikal, kesemua mereka yang berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai untuk siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Antara aksi berbahaya dilakukan sekumpulan penunggang motosikal. – Foto Sinar Harian

Sementara itu, JSPT Bukit Aman turut menahan enam penunggang lain dalam dua operasi berasingan di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban pada hari yang sama.



“Enam penunggang berusia 16 hingga 38 tahun ini turut dikesan melakukan aksi superman, menundukkan badan, bersaing sesama sendiri dan zig-zag,” katanya.

Tegasnya, aksi tersebut amat berbahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain dan polis akan terus melaksanakan operasi dalam mengekang kegiatan samseng jalanan.-SH

‘Merempit’ Dengan Pakai Kain Pelikat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara



Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker