Penyelia disamun lelaki berparang berjaya dirakam cctv [VIDEO]

KEJADIAN samun di tepi Jalan Mokhtar, Kapar, Klang, Selangor.

KLANG – Seorang penyelia pasar raya mini menempuh detik mendebarkan apabila disamun lelaki berparang dan berpelitup muka yang menaiki sebuah kereta di Jalan Mokhtar, Kapar di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 7 malam itu berlaku ketika wanita berusia dalam lingkungan 50-an berkenaan sedang menuju ke keretanya di parkir tepi jalan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd. Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian yang tular di media sosial itu pukul 9.23 malam tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek menaiki kereta Honda City berwarna perak.



“Ketika kejadian, lelaki berpakaian gelap itu memakai pelitup muka dan bertopi. Suspek menarik beg tangan mangsa lalu melarikan diri dengan keretanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Polis sedang menjalankan siasatan termasuk mempergiatkan usaha mengesan suspek. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd. Khairolazuan Mohd. Supian di talian 0111-6937331 atau balai polis berdekatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain



Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker