PN buka pintu seluasnya buat KJ – Tuan Ibrahim Tuan Man

Pas dan Perikatan Nasional (PN) masih membuka pintu buat Khairy Jamaluddin Abu Bakar sekiranya beliau berminat untuk kembali dan meneruskan karier dalam bidang politik.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PN sentiasa berlapang dada dengan menerima bekas Ahli Parlimen Rembau itu sekiranya beliau berhasrat untuk menyertai gabungan tersebut.

Menurutnya, setakat ini, PN juga masih belum berbincang sama ada untuk menamakan Khairy Jamaluddin sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan atau tidak sekiranya menyertai PN dan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.



“Kita (PN) belum menerima permohonan daripada beliau. Kita akan fikir kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sesuai untuk beliau bertanding jika menyertai PN.

“PN tetap berlapang dada malah terbuka menerima beliau dan pemimpin atau ahli UMNO yang dipecat atau digantung,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Bangunan Asrama Tahfiz Al-Quran Al-Ikhwan di Kampung Kota di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim memberitahu, berdasarkan situasi semasa, beberapa tokoh dan ahli UMNO telah dipecat atau digantung keahlian mereka dilihat masih belum mempunyai hala tuju politik yang jelas.

Katanya, sehubungan itu, pihaknya terbuka dan mengalu-alukan mereka yang kecewa dengan keadaan yang berlaku dalam UMNO untuk menyertai PN.



“Kami juga mengalu-alukan penyertaan ahli-ahli Pakatan Harapan yang tidak bersetuju dengan persepakatan politik bersama kluster mahkamah,”ujarnya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?



‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker