Malaysia ajak negara dagangan guna mata wang tempatan untuk berdagang – Anwar

Malaysia ajak negara dagangan guna mata wang tempatan untuk berdagang – Anwar

Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia mempelopori beberapa inisiatif untuk menggalakkan penggunaan mata wang serantau secara lebih meluas bagi mengurangkan kebergantungan terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara inisiatif itu adalah Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan (LCSF).



“Setakat ini, Malaysia mempunyai pengaturan LCSF dengan Indonesia dan Thailand. Malaysia juga antara negara pertama yang memeterai perjanjian pengaturan mata wang dengan People’s Bank of China (PBC) pada 2009.

“Perjanjian ini memudahkan lagi penggunaan mata wang renminbi dan ringgit bagi tujuan pembayaran perdagangan dan pelaburan di antara China dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu Perdana Menteri mengakui untuk menghentikan sepenuhnya penggunaan dolar AS secara mendesak dalam perdagangan pada masa ini adalah sukar, namun Malaysia lebih aktif dan agresif menekankan keperluan kegunaan mata wang tempatan ini. BH



Malaysia ajak negara dagangan guna mata wang tempatan untuk berdagang – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga



Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024

Aishah nak cari lelaki berduit?



Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker