Saya mangsa keadaan – Noraniza Idris

Saya mangsa keadaan – Noraniza Idris

Penyanyi jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, 54, menjelaskan dia tiada kena mengena dengan isu tular membabitkan projek Skim Rumahku Syurgaku (RKSK) anjuran sebuah syarikat hartanah.

Memperincikan perkara itu, Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani berkata, dia tidak dilantik secara rasmi sebagai duta kerana tiada perjanjian rasmi ditandatangani.



“Perkenalan kami sekitar Ramadan lalu di sebuah majlis berbuka puasa. Saya diperkenalkan oleh rakan kongsi dari NIPV Management Sdn Bhd dengan individu daripada syarikat hartanah itu yang dikatakan berminat mempelawa saya untuk menjadi duta program kebajikan.

“Saya terbuka hati menerima pelawaan secara lisan, memandangkan sering terbabit dalam kerja kebajikan. Hasrat saya cuma nak tolong rakan artis veteran yang susah, tiada kerja dan rumah,” katanya kepada BH Online.

Noraniza ditemui pada sidang media khas yang diadakan di Hotel Royal Chulan, di ibu kota, malam ini.

Menyifatkan dirinya sebagai mangsa keadaan, penyanyi Awallah Dondang itu berkata, dia tidak menyangka sikap mudah percaya membuatkannya terpalit dengan kontroversi.



“Selepas isu ini tular, saya berusaha mendapatkan penjelasan daripada pihak syarikat hartanah berkenaan. Bagaimanapun, nama saya digugurkan pada 27 Ogos lalu,” katanya.

Enggan dipersalahkan, Noraniza turut mengingatkan rakan selebriti yang berminat mendapatkan maklumat terperinci mengenai skim berkenaan agar tidak ada perkara berbangkit pada kemudian hari.

“Saya berpesan kepada rakan artis tidak membayar melebihi RM10 kerana wang berkenaan akan disalurkan ke akaun peribadi pihak terbabit.

“Kalau bayar lebih daripada itu, ia atas tanggungjawab mereka.



“Lagipun, saya tidak mengetuai projek ini, sebaliknya hanya pemudah cara kepada rakan-rakan artis,” katanya.

Terdahulu, sebuah syarikat hartanah memperkenalkan skim Rumahku Syurgaku menawarkan rumah berharga RM500,000 kepada penggiat seni atas nama tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Noraniza dilantik sebagai duta Pelancongan Seni dan Budaya serta pemegang amanah menerusi skim yang disebut khidmat sosial amal jariah membantu ummah itu.

Mengikut perjanjian, penggiat seni hanya perlu membayar RM10 untuk urusan penyerahan unit kediaman dengan harga terbabit.



Syarikat hartanah itu juga didakwa membuka tawaran rumah berharga RM1 juta dengan hanya membayar RM10,000.

Baru-baru ini, aktivis wanita, Mona Din mengadakan sidang media menggesa pihak berkuasa menyiasat tindakan sebuah syarikat menawarkan kediaman bernilai sehingga RM500,000 secara percuma kepada penggiat seni, sama ada ia benar-benar tawaran tulen atau ada unsur penipuan.

Mona dilaporkan berkata, syarikat berkenaan turut melantik dua artis wanita veteran, masing-masing penyanyi dan pelakon bagi menyelaras tawaran 1,000 unit kediaman kepada artis veteran dan kru belakang tabir terpilih. BH

Saya mangsa keadaan – Noraniza Idris




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)



Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker