Naufal Azrin beri respon penampilan dedah dada dan berantai

Naufal Azrin beri respon penampilan dedah dada dan berantai

Baru-baru ini, penampilan penyanyi Naufal Azrin dikritik apabila dia mengenakan rantai leher dan sut lengkap berwarna merah namun mendedahkan bahagian dadanya dalam sebuah program nyanyian.

Susulan itu, ramai yang mendakwa dirinya sudah berubah daripada imejnya yang dikenali dengan imej sopan.



Namun begitu, memetik laporan Harian Metro, Naufal menjelaskan bahawa penampilannya itu bukan pengukur untuk menyatakan dirinya sudah berubah.

Naufal juga menegaskan bahawa keperibadiannya masih seperti orang kenali sebelum ini.

“Saya ini sangat menekankan soal adab dengan sesama manusia. Kalau orang kata personaliti saya jenis sopan, saya masih lagi yang itu.

“Ada juga orang kata saya kejutan budaya. Orang yang tahu saja kenal saya macam mana,” ujarnya kepada Harian Metro.



Walaubagaimanapun, pelantu lagu Casablanca itu menyatakan bahawa dia tidak terkesan dengan komen-komen negatif yang dilontarkan dan mahu fokus berikan yang terbaik dalam program nyanyian itu.

“Cara saya terima kritikan itu adalah saya tak baca komen sangat. Sebab saya lebih fokus terhadap pergerakan saya dalam Big Stage,” jelasnya.

Kongsinya, busana yang dikenakan olehnya pada malam itu dipilih dan diuruskan oleh pasukan profesional bagi mengikuti konsep program tersebut.

“Apa yang saya pakai itu adalah konsep untuk minggu itu. Minggu-minggu seterusnya pun akan ada konsep-konsep tertentu.



“Semuanya daripada perbincangan pihak pengurusan dan ramai orang lagi yang berurusan dengan saya,” tuturnya lagi. Xtra

Naufal Azrin beri respon penampilan dedah dada dan berantai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)

Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar



Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker