Tuan Ibrahim dakwa rugi tak mainkan isu DNAA Zahid

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man tidak menolak kemungkinan keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 pertuduhan dalam kes penyelewengan dana Yayasan Akalbudi akan menjadi bahan kempen pembangkang pada pilihan raya kecil (PRK) Pelangai nanti.

“Saya rasa ini sebahagian daripada bahan kempen. Jadi siapa tak ambil peluang ni kira paling rugi. Ini bola tanggung.

“Bagi saya apa-apa isu yang melibatkan kepentingan negara, kepentingan awam ialah isu itu kita akan bawa dan saya yakin kerajaan juga tahu isu-isu ni.



“Cuma bila yang dipertikaikan sekarang, kita perlu dapatkan penjelasan daripada peguam negara, kenapa dia tak meneruskan pendakwaan itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika ditanya jika isu tersebut akan digunakan oleh Perikatan Nasional (PN) menjelang PRK Pelangai pada 7 Oktober ini.

Pada 4 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membuat keputusan melepas tanpa membebaskan Zahid daripada pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Keputusan itu dibuat Hakim Collin Lawrence Sequerah, selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar.



Jabatan Peguam Negara berhujah bahawa langkah itu adalah untuk membolehkan siasatan lanjut dan mengelakkan keadilan daripada tidak dilaksanakan.

Pendakwa raya telah pun berjaya membuktikan kes prima facie, dan perbicaraan adalah di peringkat pembelaan apabila pertuduhan ditarik balik.

PRK Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Johari Harun pada 17 Ogos lalu akibat nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim juga diminta mengulas mengenai tindakan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menarik sokongannya terhadap kerajaan baru-baru ini.



Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata tindakan Syed Saddiq mahupun mana-mana ahli parlimen yang berpendirian untuk menegakkan prinsip melibatkan isu-isu besar negara amat dialu-alukan.

“Kita mengalu-alukan ahli-ahli parlimen yang berprinsip dalam keadaan situasi yang berlaku dalam negara kita – isu Zahid Hamidi.

“Bukan isu mahkamah orang pertikaikan (tapi) kenapa tak teruskan pendakwaan sedangkan dah ada prima facie,” soalnya.

Mengulas lanjut katanya, seseorang ahli parlimen itu tidak semestinya terhad untuk bersuara untuk menyatakan pendirian mereka walaupun berada bersama blok kerajaan.



“Soal dia (Syed Saddiq) nak duduk kerusi mana, itu hak masing-masing. Bukan makna kalau kita duduk dalam kerajaan, kita tak boleh menyatakan ketegasan kita,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)

Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali



Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?

Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker