Peguam Negara diundang, bukan diarah datang beri keterangan

Peguam Negara diundang, bukan diarah datang beri keterangan

Peguam Negara dan bekas Peguam Negara tidak pernah diarahkan untuk menghadiri prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi (JKPK).

Pengerusi JKPK, William Leong Jee Keen, berkata mereka sebaliknya diundang untuk menyertai mesyuarat jawatankuasa berkenaan bagi memperjelaskan beberapa isu berhubung percanggahan kuasa, terutama membabitkan kes berprofil tinggi.



Beliau berkata, JKPK juga menghormati kuasa Peguam Negara dalam menjalankan budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang prosiding mahkamah selaras Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.
BERITA BERKAITAN

“Undangan kepada mereka adalah untuk membantu JKPK memahami beberapa isu berhubung kekhuatiran terhadap percanggahan kuasa dan kepentingan yang timbul, terutama berkaitan kes berprofil tinggi.

“Ini kerana, Peguam Negara adalah penasihat undang-undang utama kerajaan yang juga pendakwa raya seperti digariskan mengikut Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 Kanun Acara Jenayah.

“Ia khususnya berkaitan dengan implikasi dan cadangan terhadap pemisahan kedua-dua peranan dan tugas berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Sementara itu, William yang juga Ahli Parlimen Selayang turut menghargai penubuhan dua pasukan petugas khas bagi meneliti dan mengkaji cadangan untuk memisahkan Pendakwa Raya daripada pejabat Peguam Negara.

Beliau turut mengakui JKPK yang diwakili Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang mampu menyumbang secara konstruktif terhadap cadangan berkenaan.

“Inisiatif untuk turut membabitkan Ahli Parlimen dalam pasukan berkenaan juga akan secara tidak langsung menandakan perkembangan sihat terhadap demokrasi berparlimen di Malaysia, terutama berkaitan isu reformasi institusi.

“JKPK juga akan turut menjemput beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa ini.



“Pada masa sama, Jemaah Menteri sudah bersetuju untuk merujuk skop dasar bagi Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik kepada JKPK.

“Sehubungan itu, JKPK akan meneliti dan mengkaji cadangan Akta Pembiayaan Politik bagi terus memastikan institusi demokrasi di Malaysia bebas daripada kegiatan tidak sihat dan tidak berdemokrasi,” katanya. BH

Peguam Negara diundang, bukan diarah datang beri keterangan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)

Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali



Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?

Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker