MB Selangor janji tarif air tak naik selepas PRN

Kerajaan negeri Selangor tidak membuat sebarang keputusan untuk menaikkan tarif air di negeri itu, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Sebaliknya, katanya, fokus kerajaan negeri adalah untuk menyokong usaha kelangsungan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat.

“Sehingga ini, kerajaan negeri tidak membuat sebarang keputusan untuk meningkatkan tarif air di negeri Selangor.



“Fokus utama pentadbiran ini adalah untuk menyokong usaha kelangsungan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, pengendali perkhidmatan air di Lembah Klang, Air Selangor meluahkan harapan agar kerajaan mengkaji semula tarif air secepat mungkin.

Pemangku ketua pegawai eksekutifnya, Abas Abdullah memberitahu pemberita bahawa tarif air perlu dinaikkan secara berperingkat bagi memastikan keseimbangan antara hasil dan perbelanjaan tahunannya.

Ketika ini, bayaran untuk pelanggan domestik adalah pada kadar 57 sen setiap meter padu untuk 20m³ pertama; RM1.03 untuk 15m³ seterusnya, dan RM2 untuk penggunaan melebihi 35m³.



Air Selangor tahun lalu menaikkan purata 20 sen bagi setiap meter padu bagi kategori pelanggan bukan domestik, termasuk di sektor industri dan perniagaan.

Kali terakhir syarikat itu menaikkan tarif air ialah pada 2006.

Sementara itu Amirudin berkata sebarang keputusan untuk menaikkan tarif air memerlukan kelulusan pentadbiran negeri.

Katanya fokus kerajaan negeri Selangor adalah untuk memperkukuhkan sistem menyalurkan air kepada 8.4 juta pengguna.



“Tarif air adalah perkara dasar yang memerlukan keputusan dan kelulusan pentadbiran negeri.

“Kerajaan negeri Selangor komited untuk memastikan sistem perkhidmatan air yang menyalurkan air kepada lebih 8.4 juta penduduk di negeri Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya terus diperkukuhkan,” katanya lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah



Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker