Aidit, isteri pulih gangguan sihir pemisah

Aidit, isteri pulih gangguan sihir pemisah

Pelakon Aidit Noh dan isterinya, Nur Atiqah Hanani yang berdepan gangguan sihir pemisah dalam rumah tangga mereka pada tahun lalu, kini pulih sepenuhnya dan sekarang lebih berhati-hati.

Aidit, 30, berkata dia sangat bersyukur sudah pulih daripada gangguan sihir itu bersama-sama isterinya yang disifatkan banyak mengajar mereka lebih sabar dan bersemangat kuat demi mempertahankan rumah tangga dibina.



“Alhamdulillah, mengenai gangguan sihir (pemisah) yang dialami itu, kami bersyukur kepada Allah kerana sudah memberikan kesembuhan. Kini, kami lebih berhati-hati dan bermuhasabah diri selalu.

“Paling penting, sentiasa mendekatkan diri kepada Allah kerana semua ujian yang datang dalam kehidupan kita berlaku diatas izin Allah juga. Saya melihat apa yang dilalui dengan isteri itu sebagai kasih sayang Allah agar kami sentiasa ingat beramal kepada-Nya,” katanya ditemui pada sesi fotografi baru-baru ini.

Ditanya juga sama ada dia tahu atau mengenali pihak yang menghantar sihir itu, Aidit berkata, mereka tidak mahu mengetahuinya dan cukuplah berubat selama ini untuk sihat semula. Ujarnya, lebih baik tidak tahu siapa pelaku terbabit.

“Saya dan isteri memang sepakat tidak mahu tahu siapa pelaku itu (penghantar sihir). Bagi kami, berubat sebab nak kesihatan kembali pulih saja, termasuk hubungan dalam rumah tangga baik semula. Itu paling utama.



“Kami juga bimbang kalau ada rasa kurang selesa dan berdendam apabila tahu pelakunya. Kita ini manusia biasa dan tidak sempurna. Jadi, kami juga tidak mahu mengaitkan sesiapa kerana takut berlaku fitnah pula. Justeru, dah baik sekarang pun Alhamdulillah sangat,” katanya.

Menurut Aidit, dia dan isteri terkena gangguan sihir itu ketika terbabit penggambaran drama bersiri Dosa Seorang Isteri yang melonjakkan namanya dalam karier lakonan, diikuti drama Isteri Halal selepas itu.

Terdahulu, Aidit mendirikan rumah tangga dengan Nur Atiqah Hanani pada 29 Mei 2021. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Qadeeja kini berusia lapan bulan. HM

Aidit, isteri pulih gangguan sihir pemisah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adakah Hamzah mahu menyatakan bahawa Istana Selangor mempolitikan Sanusi?



Pelajar Universiti Jadi Ketagih Jual Gambar Bogel Kerana Bayaran Lumayan (Video)

Bekas Ratu Cantik Vietnam Jadi Petani



Tikus Makan Ayam Mentah Dalam Kedai Runcit (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker