Banjir: PH memang munafik – Zahid


Banjir: PH memang munafik – Zahid

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pembangkang sebagai munafik apabila memainkan isu banjir bagi mengelakkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.

Ini selepas Menteri Besar Johor, Onn Hafiz mendakwa ahli parlimen pembangkang tidak kelihatan di kawasan masing-masing ketika banjir kilat melanda negeri itu baru-baru ini.

“Situasi ini menggambarkan sebuah `kemunafikan’ yang nyata oleh pembangkang yang sedang gigih memanipulasikan isu banjir kerana takut PRU-15 diadakan.



“Ironinya semasa banjir kilat berlaku pembangkang tidak kelihatan, malah dalam kesibukan meneruskan kempen politik untuk menghasut kebencian bagi berdepan PRU-15,” kata Zahid dalam hantaran di Facebook.

Semalam Onn Hafiz menempelak sesetengah ahli parlimen pembangkang yang didakwa tidak turun ke kawasan mereka yang dilanda banjir kilat baru-baru ini.

Onn Hafiz menerusi catatan dalam Facebooknya, mendakwa tidak nampak kelibat ahli Parlimen di beberapa kawasan terjejas terutamanya di Parlimen Iskandar Puteri, Pulai dan Sri Gading.

Mengulas lanjut Zahid berkata rakyat sudah boleh membaca muslihat dan fitnah pembangkang yang membantah PRU15 dalam msa terdekat kerana mereka memerlukan lebih masa sebagai ‘talian hayat’.



“‘Petisyen’ sebenar rakyat adalah menterjemahkan rasa meluat terhadap `kemunafikan’ pembangkang yang telah banyak merosakkan negara melalui peti undi,” kata Zahid.

Banjir: PH memang munafik – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]



Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker