Kerajaan Perpaduan perlu fokus 4 asas rakyat untuk kekal mentadbir

KUALA LUMPUR – Kerajan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu memberi fokus terhadap empat perkara asas rakyat sekiranya mahu kekal mentadbir negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata, mana-mana pihak yang mentadbir sebagai kerajaan perlu bersedia untuk menyelesaikan empat perkara asas dalam kehidupan rakyat tersebut.

“Apabila kita cerita soal ekonomi rakyat, apa yang rakyat nak? Rakyat nak empat perkara asas utama.



“Sesiapa yang jadi kerajaan kalau tidak boleh selesaikan empat masalah rakyat ini, mereka tidak boleh kekal mentadbir,” katanya semasa sesi dialog dalam memperkasakan ekonomi rakyat di Dewan Merdeka sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Menurut Johari yang juga bekas Menteri Kewangan menjelaskan, perkara asas yang pertama adalah semua rakyat mahukan sumber makanan yang mencukupi.

“Tidak kira sama ada mereka ini datang daripada golongan T20, M40 atau B40, mereka perlukan makanan. Kerajaan kena pastikan pembekal makanan yang mencukupi supaya kita tidak lagi mengalami masalah kekurangan bekalan bahan mentah.

“Kedua, rakyat nak tengok bagaimana sesebuah kerajaan itu memberi kualiti pendidikan sama ada sekolah  rendah,menengah, universiti atau Pusat Latihan Kemahiran Teknikal dan Vokasional (TVET).



“Selepas rakyat dapat kualiti pendidikan, rakyat mahukan peluang pekerjaan, tak guna kita ada pendidikan, ramai orang keluar universiti menganggur,” katanya.

Tambahnya lagi, rakyat mengharapkan kerajaan yang mentadbir menyediakan lebih banyak rumah-rumah mampu milik untuk keselesaan kehidupan mereka.

“Kalau dulu rakyat menyewa, kini mereka mahu ada rumah sendiri dan peranan kerajaan perlu sediakan rumah yang dicari-cari golongan B40,” ujarnya

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)



Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker