Tengkorak Orang Asli tembus akibat dibaham harimau

GUA MUSANG – Hasil bedah siasat terhadap mayat seorang Orang Asli yang ditemui tersangkut pada tunggul kayu di kuala Sungai Tunggul, Kampung Aring 5 di sini pada Khamis lalu mendapati ada gigitan pada leher kanan mangsa akibat digigit harimau.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, hasil bedah siasat di Hospital Gua Musang di sini turut mendapati bahagian tengkorak kepala mangsa, Halim Asin, 27, tembus akibat dibaham haiwan terbabit.

“Siasatan lanjut anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di kawasan kejadian menemui kesan tapak kaki harimau,” katanya.



Sementara itu, jenazah Halim selamat dikebumikan mengikut adat suku kaum itu di Tanah Perkuburan Kampung Aring 5, di sini kira-kira pukul 5.15 petang semalam.

Jenazah mangsa dibawa keluar dari Jabatan Forensik Perubatan Hospital Gua Musang di sini selepas proses bedah siasat dilakukan pada pukul 11 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Aring 5, Mohd. Fazli Mamok berkata, jenazah Halim dibawa menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) kerana keadaan jalan rosak dan perlu melalui kawasan ladang.

“Buat pertama kalinya dalam sejarah penduduk Orang Asli Bateq di kampung ini, proses pengebumian dilakukan sedikit berbeza mengikut adat dalam keadaan secara ringkas.



“Kami mendapat maklumat bahawa kematian mangsa ada kaitan dengan serangan binatang buas. Jika mengikut adat suku Bateq, kita tidak boleh rapat dan tidak boleh pegang mayat tersebut kerana bimbang terkena badi mayat,” katanya ketika ditemui pemberita di tanah perkuburan Orang Asli di Kampung Aring 5, di sini semalam.

Mohd. Fazli memberitahu, beberapa penduduk Orang Asli Bateq terpaksa melapik mayat menggunakan tikar dan memakai sarung tangan semasa melakukan proses pengebumian.

“Mengikut kepercayaan orang Asli, kebarangkalian akan berlaku kematian cara yang sama sekiranya kita pegang mayat orang yang terkena keganasan binatang buas,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Halim ditemui tersangkut pada tunggul kayu dalam keadaan separuh bogel di kuala Sungai Tunggul di Kampung Aring 5 di sini.



Mayat mangsa dijumpai kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang pada hari kedua operasi pencarian oleh pasukan penyelamat dalam keadaan telungkup di dalam air kira-kira pukul 5.10 petang.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker