Usul lanjut Sosma – 111 sokong, 88 bantah

Usul lanjut Sosma – 111 sokong, 88 bantah

Dewan Rakyat meluluskan usul pelanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma selama lima tahun lagi walaupun mendapat tentangan daripada pihak pembangkang.

Terdahulu, pembangkang gagal dalam usaha menyekat usul berkenaan semasa undi belah bahagi apabila seramai 111 ahli parlimen mengundi menyokong, 88 mengundi menentang, manakala 21 lagi tidak hadir.



Penguatkuasaan subseksyen 4(5) Sosma akan memberikan kuasa khas kepada polis untuk menahan individu yang ditangkap dan ditahan di bawah akta itu sehingga 28 hari.

Pada 23 Mac lepas, usul lanjutan Subseksyen 4(5) akta itu tidak diluluskan ketika dibentang pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Rakyat setelah melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 85 bersetuju manakala 86 lagi tidak bersetuju.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin, semasa menggulung perbahasan usul bersetuju dengan ahli parlimen kerajaan dan pembangkang bahawa wujud peruntukan dan klausa yang tidak adil dalam Akta tersebut.

Disebabkan itu katanya, perlu ada klausa tamat tempoh (sunset clause) untuk kerajaan menyemak semula undang-undang setiap lima tahun.



Dia juga mengakui bahawa Seksyen 124 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen harus dikeluarkan daripada Sosma.

“Saya setuju cadangan (ahli parlimen) Padang Rengas (Nazri Aziz) tadi. Begitu juga beberapa seksyen yang dibangkitkan seperti 124B, aktiviti mudaratkan demokrasi berpalimen, itu tak payah kita adakan,” katanya.

Terdahulu, Nazri menggesa kerajaan mengeluarkan Seksyen 124(b) hingga (j) Kanun Keseksaan daripada Sosma kerana boleh mendedahkan ahli politik kepada tindakan undang-undang.

Hamzah bagaimanapun berkata ada keperluan mendesak supaya Sosma, yang akan tamat tempoh pada 31 Julai, dilanjutkan sehingga 2027 manakala pindaan Sosma boleh dibuat kemudian.



Jawapan Hamzah itu, bagaimanapun tidak disenangi ahli parlimen pembangkang, khususnya Gobind Singh Deo (Harapan-Puchong), yang berhujah bahawa kerajaan mempunyai banyak masa untuk memperkemaskan Sosma.

Gobind berkata kabinet yang diketuai Dr Mahathir Mohamad pada 29 Nov 2019 bersetuju untuk membuat pindaan kepada Sosma.

“Mereka nak buat pindaan, tak ada di situ nak kata nak hapuskan sosma,” katanya.

Menurut Hamzah kerajaan pada masa ini memerlukan lebih banyak masa untuk melaksanakan apa yang diputuskan kabinet pada 2019 kerana ia perlu melibatkan pihak berkepentingan termasuk polis.



Hamzah berkata jika usul tersebut tidak ditolak di Dewan Ogos pada Mac lalu, kerajaan akan meneruskan usaha untuk menambah baik Sosma.

“Kita mungkin melihat pindaan Sosma pada persidangan Oktober,” katanya.

Pada 23 Mac lalu, Dewan Rakyat menolak usul untuk melanjutkan tempoh penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Sosma selama lima tahun lagi.

Namun Rabu lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul membatalkan keputusan berkenaan.



Sosma membenarkan polis menahan suspek yang disiasat atas kesalahan keselamatan sehingga 28 hari, tanpa sebarang pengawasan mahkamah. Ikat jamin tidak akan diberikan kepada mereka yang didakwa atas tuduhankeselamatan.

Sosma memberikan kuasa tambahan kepada polis dan kepada pihak pendakwaan, menggantikan kuasa yang diperuntukkan di bawah Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Akta Keterangan 1950.

Perbicaraan di bawah Sosma juga membenarkan ‘saksi yang dilindungi’, yang akan memberi keterangan di mahkamah secara tertutup dan semasa ketiadaan tertuduh atau peguamnya. Mk

Usul lanjut Sosma – 111 sokong, 88 bantah




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)

Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker