Nurul Izzah bangga jadi tukang jahit Anwar

Nurul Izzah bangga jadi tukang jahit Anwar

Status orang kurang upaya (OKU) bukan penghalang seorang wanita bernama Nurul Izzah Mohammad untuk menjadi tukang jahit yang berjaya.

Menurut Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, secara kebetulan beliau juga mempunyai persamaan nama dengan wanita berusia 24 tahun itu dan menyifatkan usahanya sebagai satu kebanggaan.



Jelasnya, walaupun kurang upaya, ia tidak pernah menghalang Nurul Izzah untuk menjadi inspirasi ramai di sebalik cakap-cakap yang meragui kemampuannya.

“Dia mengejar impiannya untuk menjadi tukang jahit dan selepas tingkatan lima, dia menghadiri program TVET di mana dia belajar menjahit. Nurul tidak membiarkan kecacatannya menghalangnya dan dalam apa jua keadaan, dia tetap fokus dan telah mencapai impiannya.

“Sesungguhnya perjalanan seorang yang kurang upaya bukanlah suatu yang mudah,” kata Nurul Izzah dalam kenyataan hari ini.

Nurul Izzah memaklumkan, beliau telah minta individu istimewa itu menyiapkan sepasang baju Melayu untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan baju kurung untuk dirinya.



“Jahitannya cantik, kemas dan paling penting, padan sangat. Nurul benar-benar kebanggaan besar Pulau Pinang,” tambah Nurul Izzah. Utusan

Nurul Izzah bangga jadi tukang jahit Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai

Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal



Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker