Anwar akan umum ‘berita baik’ kepada penjawat awam 8 Ogos

Anwar akan umum ‘berita baik’ kepada penjawat awam 8 Ogos

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menjangkakan pengumuman “berita baik” kepada penjawat awam oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 8 Ogos.

Presidennya, Adnan Mat berkata kerajaan memberikan komitmen tinggi bagi menambah baik kebajikan penjawat awam di negara ini termasuk Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang sedang diguna pakai telah dilaksana sejak 1 Nov 2002.



“Cuepacs berterima kasih kepada perdana menteri dalam kenyataannya baru-baru ini iaitu kerajaan sedang menilai dan akan mengumumkan sesuatu kepada penjawat awam dalam waktu terdekat.

“Kami dimaklumkan ada satu perhimpunan penjawat awam bersama perdana menteri pada 8 Ogos, mudah-mudahan pada pertemuan itu, ada sesuatu untuk penjawat awam sebagaimana perkara kami bentangkan kepada perdana menteri pada perjumpaan 18 Julai lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Malaysia Madani perkhidmatan awam bersama Cuepacs dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Jabatan Perdana Menteri.

Adnan berkata, perdana menteri telah mempengerusikan mesyuarat berhubung keperluan khusus kepada penjawat awam baru-baru ini dan satu pasukan kajian bagi sistem saraan ditubuhkan bagi memperhalusi pelbagai perkara bagi menambah baik kebajikan kumpulan itu.



“Tuntutan kami dimasukkan dalam pasukan kajian tersebut dan mungkin belum selesai lagi ketika ini, tetapi apa diharapkan adalah satu bentuk kelegaan semasa untuk penjawat awam bagi menampung perbelanjaan keluarga sementara menunggu kajian sistem saraan itu dimuktamadkan,” katanya.

Perdana menteri dilaporkan akan mengumumkan beberapa imbuhan tetap kepada penjawat awam dalam tempoh seminggu dua lagi. FMT

Anwar akan umum ‘berita baik’ kepada penjawat awam 8 Ogos

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot

Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil



Farid Kamil bagi respon ‘pedas’ bila ada persoal Diana tinggalkan anak ketika pergi Festival Good Vibes

Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker