Rundingan GRS-BN akan dimuktamadkan segera

PRU15

Rundingan GRS-BN akan dimuktamadkan segera

Barisan Nasional (BN) Sabah mengulangi pendiriannya untuk bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, rundingan mengenai agihan kerusi dengan GRS akan dimuktamadkan segera berikutan pembubaran Parlimen, hari ini.



“Rundingan berjalan dengan baik dan akan dimuktamadkan dalam tempoh yang terdekat ini,” katanya dalam satu kenyataan berhubung persediaan BN Sabah, hari ini.

Kerjasama GRS dan BN Sabah menjadi perhatian berikutan komposisi GRS yang terdiri daripada parti komponen Perikatan Nasional (PN) termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menjadi seteru BN di peringkat Pusat.

Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini sudah menyatakan komitmen masing-masing untuk bekerjasama pada PRU-15.

Kerjasama itu berlandaskan kedudukan kerajaan negeri yang kini ditadbir kerajaan GRS-BN selepas kedua-dua gabungan politik itu berjaya mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) Sabah pada September 2020.



Sementara itu, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, BN Sabah sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU-15, malah jentera di peringkat zon dan bahagian sudah dilancarkan lebih awal.

“Ketika siri jelajah Gelombang Biru dan Pelancaran jentera BN yang kita laksanakan di Sabah sebelum ini, sokongan peringkat akar umbi cukup meyakinkan kita untuk mencapai kemenangan pada PRU-15,” katanya.

Mengenai calon BN, Bung Moktar yang juga Ketua Umno Sabah berkata, BN Sabah sudah pun mengenal pasti calon berpotensi untuk menggalas cabaran parti itu pada PRU-15.

Bagaimanapun, katanya senarai calon BN Sabah hanya akan dimuktamadkan selepas selesai rundingan agihan kerusi dengan GRS.



BN Sabah merangkumi Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), manakala GRS menggabungkan Bersatu Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno).

Daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah, BN dan GRS dijangka mendapat agihan kerusi yang seimbang atau disifatkan menang-menang kepada kedua-dua gabungan parti berkenaan. HM

Rundingan GRS-BN akan dimuktamadkan segera


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil



Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker