Sanusi kata Kedah tolak ikut Pusat, bubar DUN tahun depan

ALOR SETAR: Kedah kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum Mac tahun hadapan meskipun Parlimen telah dibubarkan hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan ketetapan itu adalah keputusan yang telah diputuskan Pas sebelum ini.
Beliau bagaimanapun berkata, sebarang perubahan akan diputuskan parti di peringkat Pusat.

“Parti sudah buat keputusan (di mana DUN di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas tidak akan dibubarkan meskipun Parlimen dibubarkan tahun ini) dan sekiranya ada perubahan (berhubung pendirian berkenaan), (perkara itu) juga parti akan putuskan,” jelas beliau hari ini.



Pada Jumaat, Sanusi memaklumkan bahawa DUN Kedah tidak akan dibubarkan sebelum bulan Mac tahun hadapan meskipun pembubaran Parlimen dibuat dalam masa terdekat.

Jelasnya, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Selasa, dan baginda menyerahkan sepenuhnya kuasa membabitkan urusan pembubaran DUN kepadanya.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat berdasarkan ramalan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) yang menjangkakan bencana banjir akan berlaku penghujung tahun ini.

Katanya, fokus pentadbiran kerajaan negeri Kedah bagi mengatasi isu banjir akan memberi kesan besar kepada rakyat.



Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri pada Perutusan Khas yang disiarkan dari bangunan Perdana Putra, Putrajaya pukul 3 petang Isnin.

Dalam perutusannya, Ismail Sabri berkata beliau sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada tengah hari Ahad bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)



Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker