Komen pegawai McD kaitkan akta hasutan cetus tanda tanya

Komen pegawai McD kaitkan akta hasutan cetus tanda tanya

Rangkaian restoran francais makanan segera McDonald adalah antara yang terjejas teruk akibat kempen mendesak rakyat Malaysia memboikot syarikat yang didakwa membiayai Israel, berikutan serangan berterusan rejim Zionis ke atas Palestin.

Sebagai tindak balas, seorang eksekutif kanan di McDonald Malaysia, Zaid Hasman baru-baru ini mendedahkan pihaknya telah membawa isu itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).



Hantaran Zaid yang juga ketua pegawai teknologi McDonald Malaysia di media sosial pada 3 Nov itu bagaimanapun menimbulkan persoalan.

Zaid mendakwa Akta Hasutan akan digunakan terhadap mereka yang menyebarkan ‘fitnah’ terhadap syarikat itu.

“Terima kasih di atas sokongan pihak SKMM bersama-sama membendung isu ini.

“Dalam masa yang sama, pihak McDonald Malaysia telah mengenal pasti lebih 60 individu yang telah menyebarkan fitnah dan akan di dakwa di atas akta hasutan,” katanya pada hantaran di laman Facecook.



Hantaran itu disertakan dengan gambar kumpulan lima lelaki, termasuk Pengerusi SKMM Mohamad Salim Fateh Din dan Zaid sendiri.

Menurut hantaran Zaid, gambar itu dirakam semasa lawatan wakil McDonald Malaysia ke ibu pejabat SKMM di Cyberjaya.

Bagaimanapun, hantaran Zaid itu telah diturunkan.

Akta Hasutan 1948 undang-undang era penjajah yang menjenayahkan ucapan dengan “kecenderungan menghasut” dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara minimum tiga tahun, selain membenarkan kerajaan menyekat media dalam talian yang disifatkan sebagai menghasut.



McDonald Malaysia enggan mengulas ketika dihubungi.

“Kami telah berkongsi pertanyaan anda dengan pelanggan kami. Bagaimanapun, mereka tidak dapat berkongsi maklum balas buat masa ini,” kata seorang kakitangan perhubungan awam yang mengendalikan perhubungan media untuk rangkaian restoran makanan segera itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain memaklumkan pihak berkuasa tidak menerima sebarang laporan daripada McDonald Malaysia berhubung dakwaan fitnah terhadap mereka.

“Kami tidak menerima sebarang laporan sedemikian daripada McDonald setakat ini,” katanya melalui pesanan teks kepada Malaysiakini.



Malaysiakini juga telah menghubungi bahagian komunikasi korporat SKMM untuk mendapatkan penjelasan tetapi masih belum menerima sebarang maklum balas. Mk

Komen pegawai McD kaitkan akta hasutan cetus tanda tanya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker