Kita akan berusaha untuk Barisan Nasional menang besar dalam PRU-15

BERA – Barisan Nasional (BN) perlu menang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk membentuk kerajaan yang dominan tanpa mengharapkan pihak lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi membolehkan keputusan-keputusan besar mudah dibuat.

“Kali ini penguasaan kita perlu lebih besar daripada parti-parti lain, kalau boleh menang dengan majoriti mudah.



“Sekarang walaupun saya jadi Perdana Menteri, BN di dalam kerajaan hanya menyumbang 42 kerusi, tak banyak, Perikatan Nasional (PN) campur dengan Pas, Bersatu, 49 kerusi, GPS (19) rakan kita tapi tak boleh mereka bukan dalam BN.

“Betul mereka akur dengan saya sebagai Perdana Menteri, tapi kita rasa tak berapa kuat, tumbang tak tumbang kerajaan kalau ada lima yang tarik diri, jadi rasa tak selamat

“Jadi yang terbaik, jangan kita harapkan orang lain tapi kita yang tentukan hala tuju negara,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Bera dk Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini pada Sabtu.

Ujar beliau lagi, BN kena menang besar kalau tidak mendapat 2/3 kerusi sekurang-kurangnya dapat membentuk kerajaan.



“Jadi bila kita dah bentuk kerajaan dah, tak takut orang lompat lagi kerana Akta Lompat Parti telah dikuatkuasakan,” ujar Ismail Sabri.

Sementara itu, beliau juga meminta platform media sosial dikuasai untuk menepis dakyah pihak lain.

“Kita mesti menguasai lebih media sosial daripada mereka, sekarang kita tengok macam-macam berita keluar setiap hari, dia buat mudah saja, tapi boleh menarik orang.

“Macam lagu, Hoi Hoi Oh Yahoi Penyamun popular dalam beberapa hari, kita pun patut buat lagu, Cukup Sekali iaitu kita tunjukkan cukup sekali janji mereka sebelum ini, macam PTPTN percuma, jadi kita kena kreatif, macam kartun-kartun, kempen mereka kena jawab,” tambah beliau.



Jelas beliau, jika dibiarkan ia akan terjadi ketika PRU14 yang menyaksikan BN tewas kerana tidak mampu menjawab persoalan dan fitnah yang dilemparkan pembangkang.

“Kita dulu anggap orang kampung bukan tengok sangat media sosial,ya dulu..tapi pada PRU14 orang kampung dah pandai inikan pula PRU15, lagi pula main WhatsApp setiap hari siap ada group WhatsApp sendiri,” kata beliau.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin



Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker