Banjir: Paras sungai turun, Taman Sri Muda selamat

SHAH ALAM: Penduduk di Taman Sri Muda boleh menarik nafas lega apabila paras air Sungai Klang menunjukkan trend penurunan sekali gus mengurangkan kemungkinan berlakunya banjir sekali lagi.

Jangkaan tersebut berlaku selepas air sungai melimpah menerusi tebing di kawasan Kunci Pintu Air di sana antara pukul 7 hingga 9 malam tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pemeriksaan pihaknya di kunci air itu mendapati air Sungai Klang mulai melimpah kira-kira pukul 6 petang tadi (Isnin).



“Ban di sekeliling kunci air berdekatan sungai tersebut tidak pecah seperti yang berlaku pada minggu lalu.

“Meskipun melimpah, ia tidak mengakibatkan banjir di kawasan terbabit, dengan air sungai mulai surut kira-kira pukul 9 malam,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Terdahulu lebih 20 kawasan di Hulu Langat, Gombak, Petaling, Klang dan Kuala Selangor dilanda banjir kilat akibat hujan lebat pada petang tadi.

Hujan lebat itu turut menenggelamkan sebahagian besar kawasan ibu kota sebelum Terowong Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart) diaktifkan sepenuhnya.



Sementara itu, makluman daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan lebih 700 mangsa banjir melibatkan 167 keluarga dipindahkan di Pusat pemindahan sementara  (PPS) di lima daerah terlibat. – UTUSAN

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]



Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin



Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker