Bapa terpaksa tembak anak lalok elak diserang

Bapa terpaksa tembak anak lalok elak diserang

BANGKOK – Seorang bapa menembak mati anak sendiri yang cuba menyerangnya menggunakan sebilah parang ketika berada di bawah pengaruh dadah, lapor laman berita Thaiger semalam.

Ruangrit Phromthong, 56, menggunakan selaras senapang patah untuk menembak anaknya yang merupakan penagih tegar, Adisak kelmarin.



Ketika kejadian, mangsa menghunus parang sepanjang 1.2 meter ke muka Ruangrit di daerah Sichon, Thailand.

Ruangrit yang berkhidmat sebagai penolong ketua kampung berkata, dia bertindak demikian untuk mempertahankan diri, sambil menambah, anaknya sudah lama mengalami masalah ketagihan dadah.

Dia juga memberitahu pernah diserang mangsa sebanyak beberapa kali sebelum ini dan pernah dirawat di hospital.

Pada Ahad lalu, mangsa sekali lagi bertindak ganas ke atas ahli keluarganya dan Ruangrit cuba menghentikan keganasan tersebut.



Namun, semasa kekecohan berlaku, Adisak menghunus parang ke arah bapanya. Ruangrit kemudian melepaskan tembakan ke arah Adisak.

Dia kemudian menelefon polis dan menceritakan insiden yang berlaku sebelum menyerahkan senapangnya apabila polis tiba.

Polis menemui Adisak terbaring dalam keadaan tidak bernyawa di rumah mereka bersama selaras senapang patah. Sebilah parang sepanjang 1.2 meter turut berada di sisi mangsa.

Komisioner Polis, Kittisak Ramsawat berkata, pihaknya sedang mengumpul lebih banyak bukti forensik serta menemu bual beberapa saksi dan Ruangrit sebelum menentukan dakwaan yang akan dikenakan. K Online



Bapa terpaksa tembak anak lalok elak diserang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)



Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker