Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berdepan dengan saman berkaitan isu kewangan Sapura Energy Berhad.

Peguam kepada bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Group, Tan Sri Shahril Shamsuddin telah menghantar surat tuntuan kepada bekas Ahli Parlimen Pandan tersebut.



Antara lain surat itu menuntut tiga artikel didakwa berunsur fitnah terhadap Shahril ditarik balik.

Menurut FMT, tarikh akhir yang diberikan kepada Rafizi telah tamat pada Selasa lepas.

Saman terhadap Rafizi dijangka akan difailkan di mahkamah pada Selasa depan.

Shahril dilaporkan tersinggung dengan dakwaan Rafizi yang dilemparkan terhadapnya.



Antaranya termasuk dakwaan bahawa pemegang-pemegang saham majoriti Sapura Energy dipimpin Shahril memperolehi sejumlah RM1.33 bilion yang mana RM1.1 bilion adalah gaji dan selebihnya bayaran lain dan dividen.

Rafizi mendakwa bayaran itu tiga kali ganda RM440 juta dividen yang syarikat itu bayar kepada pemegang saham lain.

Peguam bagaimanapun menafikan bahawa Shahril menerima imbuhan RM1.1 bilion.

Surat tuntutan kepada Rafizi menjelaskan jumlah keseluruhan imbuhan yang diperolehi Shahril antara 2013 dan 2021 berjumlah RM486 juta dan ia diberikan selepas beliau mencapai dan memenuhi petunjuk prestasi utama tertentu.



Imbuhan dibayar kepada semua pengarah eksekutif Sapura Energy, termasuk Shahril, berdasarkan keuntungan operasi yang mencerminkan prestasi pengurusan sebenar.

Shahril juga menyanggah dakwaan Rafizi bahawa gaji dan bonus beliau diikat pada harga saham Sapura Energy.

Ikatan itu didakwa menyebabkan Sapura Energy tergesa-gesa membida projek-projek di serata dunia tanpa mengira sama ada ia boleh dilaksanakan, dan menanggung hutang yang banyak.

“Harga saham tidak menjadi sebahagian daripada petunjuk prestasi utama yang memberi kesan ke atas imbuhan pengarah-pengarah eksekutif,” menurut surat tuntutan itu.



Surat tuntutan itu menjelaskan pengarah-pengarah eksekutif Sapura Energy dibayar berdasarkan prestasi tahun sebelumnya.

Suatu pelan insentif jangka masa panjang yang turut diguna pakai bagi 100 kakitangan Sapura berprestasi tinggi lain.

Menurut peguam itu, urusan pampasan itu harus melepasi proses dalaman yang ketat sebelum diluluskan oleh lembaga pengarah.

“Pada dasarnya, anak guam kami diberi imbuhan selepas mencapai dan memenuhi semua petunjuk prestasi utama yang khusus,” kata peguam itu.



Rafizi sebelum ini menerbitkan beberapa artikel di blognya dalam usahanya memenangi ‘perbalahan’ dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan Sapura.

Beliau yang bersaing dengan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR turut berkongsi artikel-artikel tersebut di Facebook. – MG

Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker