Hadiah RM4,000 Untuk ‘Keluarga Sakinah’ Istiqamah Solat Subuh Berjemaah Di Masjid

Hadiah RM4,000 Untuk ‘Keluarga Sakinah’ Istiqamah Solat Subuh Berjemaah Di Masjid

MELAKA: Masjid Nur As-Sa’adah, Pengkalan Batu di sini akan menawarkan hadiah wang tunai RM4,000 kepada ahli kariah masjid yang istiqamah mengerjakan solat Subuh.

Pengerusinya, Datuk Amzah Osman berkata, program itu lanjutan daripada inisiatif pemberian hadiah berbentuk basikal dan motosikal kepada kanak-kanak serta belia yang menunaikan solat jemaah di masjid itu selama 40 hari.



Menurutnya, antara syarat yang akan ditetapkan termasuk jemaah perlu memastikan isteri dan anak-anak hadir ke masjid untuk berjemaah menunaikan solat Maghrib dan Isyak dalam tempoh itu.

“Kita nak lihat ahli-ahli kariah ini dapat hadir bersama keluarga dan pemilihan juga dilihat dari segi mereka yang paling ramai membawa anggota keluarga ke masjid.

“Kita rancang laksanakan program ini selepas Hari Raya Aidilfitri ini, akan diadakan pemberian hadiah wang tunai untuk Keluarga Sakinah itu,” katanya selepas majlis Tadarus al-Quran dan penyampaian sumbangan baju raya anjuran Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (PPP) Daerah Hang Tuah Jaya pada Isnin.

Hadir menyempurnakan penyampaian sumbangan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin.



Jelasnya, sebelum ini pemberian beberapa buah basikal kepada anak-anak yang cemerlang solat Subuh dan semua program yang dilaksanakan mendapat peruntukan daripada individu perseorangan dan dermawan.

“Kita akan terus menceriakan bulan Ramadan dengan pelbagai program dan aktiviti yang dapat menarik kariah untuk mengimarahkan masjid termasuk qiamullail tidak lama lagi,” katanya.

Pada Mac lalu, masjid tersebut menarik tumpuan ramai apabila menawarkan hadiah empat buah motosikal berjumlah RM16,000 serta 40 buah basikal bernilai RM20,000 kepada anak kariah yang istiqamah solat Subuh dan Isyak selama 40 hari.-MHI

Hadiah RM4,000 Untuk ‘Keluarga Sakinah’ Istiqamah Solat Subuh Berjemaah Di Masjid



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet



Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker