Bercakaran: PKR Selangor bidas Rafizi Ramli

PETALING JAYA: Rafizi Ramli diminta memberi fokus kepada kempen pemilihan parti, bukannya sibuk meramalkan masa depan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu, kata Ketua Penerangan PKR Selangor Halimey Abu Bakar.

Beliau berkata, kenyataan Rafizi bahawa tidak mudah kepimpinan bagi PH dan PKR Selangor mengekalkan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang (PRU15) adalah ibarat memperkecilkan usaha keras pentadbiran Menteri Besar Amirudin Shari dalam memberi khidmat terbaik pada rakyat.

“Yang duduk dalam Jemaah Menteri kerajaan negeri… kami yang diamanahkan, kami tahulah, kami yang berusaha keras untuk memastikan kerajaan negeri kekal dalam PRU akan datang. Kami yang faham.

“Saya harap Rafizi tumpukanlah kempen dia untuk bertanding timbalan presiden (PKR)… tentang kerajaan negeri, itu tanggungjawab kami yang menjaganya,” katanya kepada FMT.

Berucap di hadapan ahli PKR sempena kempen pemilihan parti 2022 semalam, Rafizi berkata, sekiranya kepimpinan PKR tidak bertindak terhadap isyarat dari Johor dan tiga lagi pilihan raya negeri PRN – Sabah, Melaka dan Sarawak – kemungkinan besar parti itu akan kehilangan Selangor pada PRU15.

Rafizi turut memberi amaran kepada pemimpin PH Selangor yang mempunyai jawatan supaya bersedia untuk hilang kedudukan itu dalam tempoh tiga atau empat bulan dari sekarang.

Mengulas lanjut, Halimey berkata, Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam satu majlis baru-baru ini mengakui kepimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tua itu antara yang terbaik.

Justeru katanya, beliau yakin gerak kerja yang dipimpin Amirudin mampu mengekalkan Selangor untuk penggal keempat.

“Di Selangor, insyaAllah kita boleh kekalkan tetapi dengan syarat semua kena buat kerja. Kalau dulu kita buat kerja sekali ganda, tapi kali ini kita kena buat kerja dua kali ganda sebab rakyat akan lihat apa yang kita boleh bantu mereka,” katanya.

Walaupun mengakui perjalanan PKR dan PH pada kali ini lebih berliku berbanding pilihan raya sebelumnya, Halimey yang juga Adun Seri Setia berkata, PH akan mendapat manfaat sekiranya Akta Anti-Lompat Parti diluluskan sebelum PRU15.

“Selagi Akta Anti-Lompat Parti tidak diluluskan, selagi itu rakyat tak keluar mengundi. Maknanya rakyat sendiri tak letak kepercayaan kepada calon sebab mereka rasa kalau calon ini menang mereka boleh lompat.

“Pada PRU akan datang, kalau akta ini diluluskan insyaAllah rakyat akan keluar undi kerana yakin dan percaya dengan PH terutama di Selangor,” katanya.

Mengenai pendekatan khemah besar, beliau berkata, Rafizi tidak berhak untuk menentukan keputusan yang perlu dibuat oleh kepimpinan tertinggi PH.

“Kita atas arahan presiden (Anwar), presiden bersama pimpinan PH yang buat keputusan untuk adakan khemah besar atau tak, bukan Rafizi yang buat keputusan. Kalau Rafizi menang (timbalan presiden) sekali pun, bukan kuasa dia nak tentukan khemah besar atau khemah kecil, presiden PKR yang tentukan,” tegasnya.

Pada pemilihan PKR 2022/2025 Mei ini, Rafizi berdepan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail untuk merebut jawatan nombor dua parti.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker