Lelaki tembak mati rakan disangka kijang ketika memburu

Suspek menembak rakannya ketika bersama keluar memburu di hutan dekat Kuala Klawang.

Lelaki tembak mati rakan disangka kijang ketika memburu

Seorang lelaki menembak rakan hingga maut selepas menyangkanya seekor kijang ketika memburu di hutan dekat Muka Sauk di Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pada 24 April lalu.

Ketua Polis Jelebu, Maslan Udin, berkata lelaki berusia 52 tahun itu dipercayai tertembak mangsa berusia 61 ketika mereka bersama-sama keluar memburu.



“Siasatan mendapati suspek dan mangsa masuk ke hutan tersebut membawa senjata api buatan sendiri bagi tujuan memburu.

“Semasa sedang memburu suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa kerana menyangka ia seekor kijang. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Berikutan itu, Maslan berkata, suspek menyerah diri di Balai Polis Titi, Jelebu untuk siasatan lanjut.

Katanya, polis turut merampas selaras senjata api buatan sendiri serta beberapa peluru hidup.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960,” katanya. FMT

Lelaki tembak mati rakan disangka kijang ketika memburu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?



Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker