Israel terus menggila bedil Gaza

Israel terus menggila bedil Gaza

RAFAH: Tentera Israel memaklumkan akan meningkatkan pengeboman ke atas Gaza, beberapa jam selepas trak pertolongan cemas tiba dari Mesir membawa bantuan kepada orang awam di kawasan yang dilanda perang.

Semalam, kerajaan Hamas mengesahkan sekurang-kurangnya 55 warga Palestin terbunuh akibat serangan bom tentera Israel di Semenanjung Gaza, yang turut memusnahkan 30 rumah.



Di Baitulmaqdis, tentera Israel mengarahkan 14 lagi kumpulan masyarakat setempat di lokasi berdekatan Lubnan dan Syria, untuk berpindah, berdasarkan kenyataan Kementerian Pertahanan diluluskan menterinya, Yoav Gallant.

Israel memberi alasan pengeboman itu bertujuan mengurangkan risiko yang bakal dihadapi tenteranya apabila memasuki Gaza pada fasa serangan seterusnya.

Serangan pejuang Hamas mengorbankan sekurang-kurangnya 1,400, manakala lebih 200 lain dijadikan tebusan.

Israel pula melakukan pengeboman balas tanpa henti yang mengorbankan lebih 4,300 rakyat Palestin di Gaza, terutama orang awam, susulan serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.



Israel turut memotong bekalan makanan, air, elektrik dan bahan api ke wilayah berpenduduk padat dengan 2.4 juta orang, sekali gus mencetuskan kemungkinan berlaku malapetaka kemanusiaan berskala besar.

Puluhan ribu tentera Israel dikerahkan ke sempadan Gaza menjelang serangan darat yang dijangkakan bermula ‘tidak lama lagi’.

Jurucakap tentera Israel, Laksamana Daniel Hagari, berkata mulai hari ini, mereka akan meningkatkan serangan dan mengurangkan bahaya.

“Kami perlu memasuki fasa perang seterusnya dalam keadaan terbaik, bukan mengikut apa yang diberitahu oleh sesiapa kepada kami,” katanya.



Ketika lawatan ke briged infantri barisan hadapan, ketua kakitangan Leftenan Jeneral Herzi Halevi, berkata pihaknya bersedia menangani sebarang kejutan yang disediakan untuk mereka di Gaza.

AS hantar aset pertahanan udara

Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) berkata, ia akan menghantar lebih banyak aset pertahanan udara, termasuk Pertahanan Terminal Kawasan Altitud Tinggi (THAAD) dan batalion peluru berpandu pertahanan udara Patriot ke Asia Barat.

Sebelum ini, Washington sudah pun menghantar sejumlah besar bantuan ketenteraan ke wilayah yang bergolak itu, termasuk dua kapal pengangkut pesawat dan kapal sokongan serta kira-kira 2,000 anggota tentera.



Sebanyak 20 trak dari Bulan Sabit Merah Mesir melalui sempadan Rafah, melintasi dari Mesir ke Gaza, kelmarin.

Satu-satunya lintasan ke Gaza yang tidak dikawal oleh Israel itu ditutup semula selepas trak bantuan melepasinya.

Ketua Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata 20 trak itu tidak mencukupi untuk apa yang diperlukan penduduk Gaza dan menggesa lebih banyak bantuan dihantar.

Katanya, krisis kemanusiaan di sana berpotensi menjadi ‘malapetaka terbesar’ jika masyarakat antarabangsa tidak campur tangan bagi menghentikannya.



Di Kaherah, Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menjadi tuan rumah sidang kemuncak keamanan yang dihadiri pemimpin serantau dan beberapa pemimpin Barat.

“Sudah tiba masanya untuk menamatkan mimpi ngeri ini, ‘gencatan senjata kemanusiaan’ harus dilaksanakan segera bagi menamatkan keganasan.

“Penderitaan rakyat Palestin adalah sah dan sudah lama, dengan 56 tahun pendudukan haram tanpa penyelesaian,” katanya. BH

Israel terus menggila bedil Gaza



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker