Lelaki bertudung kantoi intai wanita di tandas pasar raya

Lelaki bertudung kantoi intai wanita di tandas pasar raya

PASIR GUDANG: Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mengintai wanita di tandas sebuah pasar raya di Taman Bukit Dahlia semalam.

Ketua Polis Seri Alam Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 11 pagi, sebelum lelaki berusia 23 tahun itu diserahkan oleh orang awam kepada pihak polis.



“Hasil semakan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya sambil menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, permohonan reman ke atas suspek juga akan dibuat bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Johor Bahru hari ini untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar norma kehidupan dan undang-undang negara serta sebarang maklumat kejadian hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut,” tambahnya.

Semalam, tular sebuah video berdurasi dua minit 11 saat yang memaparkan seorang lelaki “bertudung” memasuki tandas wanita.



Perbuatannya itu berjaya dikesan lalu dia ditangkap oleh orang awam serta “disoal siasat” oleh seorang wanita, dipercayai mangsa, di pasar raya berkenaan. FMT

Lelaki bertudung kantoi intai wanita di tandas pasar raya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker