Pemain Manchester United dibaling kerusi

Pemain Manchester United dibaling kerusi

SHEFFIELD – Para pemain Manchester United yang meraikan jaringan menakjubkan oleh Diogo Dalot ketika menewaskan Sheffield United 2-1 di Stadium Bramall Lane hampir terkena kerusi yang dibaling ke arah mereka kelmarin.

Skuad kendalian Erik ten Haq berjaya meraih kemenangan kedua berturut-turut pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Scott McTominay dan Dalot menjaringkan gol untuk membantu Red Devils melakar kemenangan tersebut.



McTominay yang juga pemain antarabangsa Scotland membuka jaringan seawal minit ke-28, sebelum Oli McBurnie menyempurnakan sepakan penalti untuk gol penyamaan buat The Blades pada minit ke-34.

Bagaimanapun, Dalot muncul wira United apabila melakukan percubaan sensasi dari luar kotak penalti sebelum bola menerjah gawang untuk gol kemenangan lalu meraikannya bersama rakan-rakan sepasukan, namun dicemari insiden tidak menyenangkan.

Ketika para pemain United berkumpul mengelilingi Dalot di garisan tepi bagi meraikan jaringannya, sebuah kerusi dilihat melayang ke arah kumpulan tersebut yang dilemparkan oleh seseorang di antara orang ramai di bahagian penyokong.

Nasib baik kerusi tersebut tidak terkena mana-mana pemain dan tidak jelas siapa yang membaling objek itu, tetapi peminat bola sepak dapat merakam dan memuat naik dalam laman sosial.



“Saya sedar ia adalah musim yang mengecewakan untuk Sheffield United, namun peminat yang membaling kerusi ke arah padang adalah satu tindakan jijik dan agresif. Sedih menyaksikan jaringan hebat Dalot berakhir sebegitu,” kata seorang penyokong.

Seorang lagi menambah: “Hebat tetapi seseorang harus ada perkataan pada beberapa detik dalam klip video – adakah seseorang cuba membaling kerusi ke arah mereka???? K Online

Pemain Manchester United dibaling kerusi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker