Nora masuk ICU, suami mohon tolong doakan

Nora masuk ICU, suami mohon tolong doakan

Penyanyi Datuk Nora Ariffin kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor akibat sesak nafas.

Perkara tersebut dikongsikan suaminya, Dr. Rushdi Ramli yang meminta orang ramai mendoakan kesembuhan buat isterinya.



“Nora masuk ICU Hospital KPJ Kajang. Mohan doa ikhlas dari semua,” tulis Rushdi dalam sebuah hantaran media sosial.

Begitupun keluarga pemilik nama lengkap Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, itu tidak menyatakan perincian lain berhubung penyakitnya.

Difahamkan Nora dimasukkan ke hospital berkenaan sejak beberapa hari lalu disebabkan demam panas.

Perkongsian suami penyanyi Di Persimpangan Dilema itu turut diulang siar rakan seperjuangan, Datuk Aishah yang mengakui terkejut menerima khabar tersebut.



Aishah dalam hantarannya turut meminta pengikut laman Instagram mendoakan kesembuhan segera buat Nora.

“Allahuakbar, adikku Nora. Mari panjatkan doa semoga memperoleh kesembuhan,” tulis Aishah.

Setakat ini, usaha Kosmo! Online menghubungi anggota keluarga terdekat ibu kepada empat anak masih belum berhasil. K Online

Nora masuk ICU, suami mohon tolong doakan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir



Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney



Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker