Prank curang kepada suami atau isteri adalah haram – Mufti Perlis

 


SHAH ALAM – Perbuatan melakukan gurauan atau ‘prank’ kononnya suami atau isteri mempunyai hubungan dengan orang lain semata-mata untuk mengejutkan pasangan masing-masing adalah diharamkan dalam Islam.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perbuatan tersebut bukan sahaja menimbulkan panik dan takut, ia juga menyebabkan kebencian serta marah yang membawa kepada keburukan dalam kehidupan.

Menurutnya, ia tidak membawa apa-apa kebaikan kepada hubungan rumah tangga bahkan boleh merosakkan hubungan antara pasangan.



“Ia juga menjatuhkan wibawa suami atau isteri dan boleh menimbulkan buruk sangka yang diharamkan oleh syarak.

“Sengaja menimbulkan buruk sangka orang terhadap diri adalah berdosa kerana sengaja menyebabkan orang lain berdosa.

“Jelas ‘prank’ konon-kononnya curang (mempunyai hubungan haram dengan orang lain) terhadap isteri merupakan perbuatan yang diharamkan di sisi Islam, maka wajib untuk setiap yang berakal waras menghindarinya,” katanya menerusi penulisan dalam laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis pada Rabu.

Sebaliknya, Mohd Asri berkata, gurau senda yang tidak memberikan kesan buruk terhadap hubungan sesama muslim atau tidak membawa kepada dosa adalah dibolehkan.



Katanya, ia termasuk dalam bab muamalah atau pergaulan antara manusia yang hukum asalnya dibolehkan atau harus selagi tidak terbabit dengan perkara haram.

“Gurau senda yang membawa kepada hubungan baik sesama manusia, apatah lagi sesama Muslim mendapat pahala jika niatnya baik dan caranya betul.

“Gurau senda yang membawa kemesraan antara suami isteri digalakkan oleh agama.

“Namun, menurut al-Imam al-Nawawi, gurauan yang boleh menimbulkan salah faham, kebencian, ketakutan, merendahkan maruah atau penghinaan dan apa-apa kesan buruk haram di sisi syarak,” jelasnya.



Prank curang kepada suami atau isteri adalah haram – Mufti Perlis

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim



Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker