Kekejaman Zionis: Konflik paling kejam, berdarah buat kanak-kanak zaman moden

Kekejaman Zionis: Konflik paling kejam, berdarah buat kanak-kanak zaman moden

Lebih ramai kanak-kanak dibunuh di Gaza setiap hari berbanding di Ukraine, Afghanistan, Iraq dan zon konflik lain.

Pada akhir bulan lalu, organisasi bukan berasaskan untung antarabangsa, Save the Children melaporkan jumlah kanak-kanak yang terbunuh di Semenanjung Gaza selama tiga minggu pengeboman Israel melebihi jumlah tahunan kanak-kanak yang terbunuh di zon konflik global setiap tahun sejak 2019.



Sejak itu, bilangan mayat kecil yang dibalut kain kafan putih di Gaza semakin meningkat apabila Israel melancarkan serangan darat, menambah tembakan artileri kepada kemusnahan yang dilepaskan oleh peluru berpandunya.

Bagaimanapun ketika perang memasuki tempoh sebulan sejak ia bermula 7 Oktober lalu, ia tidak mendedahkan sepenuhnya skala yang mana kanak-kanak Palestin dibunuh.

Berbanding konflik utama lain dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kematian kanak-kanak di Gaza lebih menonjol. Al Jazeera melaporkan perbandingan nasib kanak-kanak Palestin dengan negara konflik lain:



GAZA

Serangan Israel membunuh 4,104 kanak-kanak di Gaza sejak perang tercetus 7 Oktober lalu, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) melaporkan.

Secara purata, lebih 100 kanak-kanak terbunuh setiap hari. Gaza mempunyai populasi 2.3 juta orang yang tinggal di kawasan seluas 365 km persegi dengan kepadatan penduduk 6,300 orang setiap kilometer persegi.
Kanak-kanak membentuk 47 peratus penduduk Gaza, menurut UNICEF.

UKRAINE



Russia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada 24 Februari 2022.

Setahun lapan bulan selepas pencerobohan, Russia dan Ukraine terlibat dalam pertempuran berdarah setiap hari dan pertempuran itu telah meragut banyak nyawa orang awam.

Antara yang terkorban ialah 510 kanak-kanak yang terbunuh, menurut laman web Children of War, sebuah platform yang dicipta oleh kementerian kerajaan Ukraine bagi pihak Pejabat Presiden.

Kematian ini mewakili kurang daripada seorang kanak-kanak setiap hari secara purata.



Ukraine mempunyai kepadatan penduduk 76 orang setiap kilometer persegi, menurut Bank Dunia.

Kanak-kanak membentuk 18.5 peratus daripada penduduk Ukraine, menurut UNICEF.

IRAQ

Pada 2003, kerajaan Amerika Syarikat di bawah Presiden George W Bush menyerang Iraq.



Pada 2008, UNICEF mula memantau pelanggaran terhadap kanak-kanak di rantau ini.

Maklumat berikut direkodkan selama 14 tahun dari 2008 hingga akhir 2022.

Pada ketika itu, 3,119 kanak-kanak terbunuh, lapor UNICEF. Itu lebih daripada seorang kanak-kanak terbunuh setiap dua hari.

Iraq mempunyai kepadatan penduduk 100 orang setiap kilometer persegi, menurut Bank Dunia.



Kanak-kanak membentuk 43.6 peratus daripada penduduk Iraq, menurut UNICEF.

SYRIA

Pada Mac 2011, protes menggesa peletakan jawatan Presiden Bashar al-Assad dan kerajaannya tidak lama kemudian bertukar menjadi perang selepas tindakan keras oleh pasukan keselamatan.

Sejak permulaan perang 2011 hingga Mac tahun ini, 12,000 kanak-kanak terbunuh, lapor PBB. Itu hampir tiga kanak-kanak setiap hari secara purata.

Syria mempunyai kepadatan penduduk 116 orang setiap kilometer persegi, menurut Bank Dunia.

Kanak-kanak membentuk 37.3 peratus daripada penduduk Syria, menurut UNICEF.

YAMAN

Yaman telah mengalami konflik yang dahsyat sejak 2015 dengan pakatan yang diketuai Arab Saudi memerangi pemberontak Houthi yang disokong Iran.

Dalam tempoh tujuh tahun enam bulan, 3,774 kanak-kanak telah dibunuh, lapor UNICEF, empat kanak-kanak dibunuh setiap tiga hari.

Ini hanyalah angka yang PBB dapat sahkan dan angka sebenar mungkin lebih tinggi.

Yaman mempunyai kepadatan penduduk 62 orang setiap kilometer persegi, menurut Bank Dunia.

Kanak-kanak membentuk 47 peratus penduduk Yaman, menurut UNICEF.

AFGHANISTAN

Tentera pimpinan AS memasuki Afghanistan pada 2001 selepas serangan 11 September tahun itu. AS menarik balik tenteranya dari negara itu pada 2021.

Dari 2009 hingga 2020, 8,099 kanak-kanak terbunuh, menurut laporan Misi Bantuan PBB di Afghanistan iaitu dua kanak-kanak setiap hari.

Afghanistan mempunyai kepadatan penduduk 61 orang setiap kilometer persegi, menurut Bank Dunia.

Kanak-kanak membentuk 50 peratus daripada penduduk Afghanistan, menurut UNICEF. BH

Kekejaman Zionis: Konflik paling kejam, berdarah buat kanak-kanak zaman moden

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini

Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?

Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof

Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker