TMJ bakal jadi tetamu podcast ‘Keluar Sekejab’

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan hasratnya untuk membuat kemunculan dalam podcast ‘Keluar Sekejap’.

Baginda menyatakan hasrat berkenaan menerusi Instagram rasmi Keluar Sekejap.

“Baik ajak saya aja masuk Keluar Sekejap ni. No holds bar (tiada tapisan) Kasi gegar sikit negara ni @khairykj,” titahnya dalam episod terbaharu Keluar Sekejap berkaitan analisis Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dikendalikan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.



Dalam video berdurasi satu minit itu, tetamu program berkenaan yang juga bekas Ahli Parlimen DAP, Ong Kiang Min sedang membacakan butiran peratusan keluar mengundi di setiap negeri.

Kiang Min berkata, amat mengejutkan apabila Kedah berjaya mencatatkan peningkatan dua peratus jumlah rakyatnya keluar mengundi berbanding lima negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Pulau Pinang.

“Ini amat mengejutkan apabila Kedah catat peningkatan jumlah peratusan mengundi iaitu 73.3 peratus berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan November lalu yang hanya mencatat 71.7 peratus,” katanya.

Bagaimanapun, secara berseloroh Khairy berkata rakyat Kedah ingin mengundi seorang panglima yang merujuk kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.



“Mungkin strategi baharu, jika mereka ini didakwa di mahkamah lebih ramai orang akan menyokong mereka,” katanya.

 

Tangkap layar komen TMJ yang dikongsikan Khairy di InstaStory. - Foto IG khairykj
Tangkap layar komen TMJ yang dikongsikan Khairy di InstaStory. – Foto IG khairykj

Sementara itu, menerusi InstaStory Khairy, beliau memuat naik tangkap layar komen daripada TMJ yang secara jelas menawarkan diri untuk muncul sebagai tetamu jemputan.

Dalam masa sama, Khairy memberikan reaksi ‘Alamak’ pada tangkap layar komen TMJ berkenaan.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman



Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen



Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker