Rafizi gagal gunakan ruang kongres untuk berbaik dengan Anwar

PETALING JAYA: Seorang penganalisis menganggap Kongres PKR kali ini “bukan permulaan baik” buat Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli yang menunjukkan taring kepada Presidennya, Anwar Ibrahim.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, Rafizi gagal memanfaatkan kongres itu untuk mencari peluang berbaik dengan Anwar.

“Bekerja bersama bukan bermakna Rafizi perlu mengetepikan prinsipnya. Tetapi, dengan berkata beliau tidak mahu bekerja (dengan orang lain) dan mahu melakukannya sendiri, serta caranya adalah cara yang betul, ia akan menyukarkan PKR.



“Ini boleh menyebabkan parti itu berpecah kepada dua atau tiga dan perjuangan menjadi sukar untuk mereka pada pilihan raya akan datang, membawa masalah kepada Pakatan Harapan dan pakatan pembangkang dalam jangka panjang,” katanya kepada FMT.

Azmi Hassan.

Rafizi dilaporkan berkata, dalam tinjauan yang dijalankan firmanya baru-baru ini mendapati populariti Anwar semakin merosot, tetapi Ahli Parlimen Port Dickson itu kemudiannya berkata, beliau tidak kisah diberitahu mengenai kelemahannya.

Ibrahim Suffian dari Merdeka Center berkata, mesej “polarisasi” Rafizi mungkin memecahbelahkan parti itu kerana sebahagian besar ahli PKR adalah penyokong setia Anwar.

Katanya, Anwar masih mempunyai kuasa kerana beliau boleh memilih calon pilihan raya dan menandatangani kertas pencalonan mereka.



Beliau berkata, “mesej Rafizi yang sangat polarisasi” akan meningkatkan peluang untuk lebih banyak konflik berpuak-puak menjelang pilihan raya umum.

Ibrahim Suffian.

“Saya tidak faham apa rancangannya. Sebagai ahli politik, anda perlu mengimbangi prinsip dan pragmatisme. Tetapi, ketika berada di sana, sekurang-kurangnya anda berpura-pura berkhidmat demi kepentingan awam, bukannya kepentingan diri sendiri.”

Ibrahim berkata, kongres itu sepatutnya memfokuskan dasar parti dan membentangkan tawarannya kepada pengundi, sebaliknya ia meneruskan ceramah kempen dari pemilihan parti yang berakhir baru-baru ini.

Katanya, langkah PKR seterusnya ialah bekerjasama dengan parti lain dalam khemah besar dan belajar melupakan dendam kerana ia adalah apa yang rakyat mahukan.



“Buat masa ini, rakyat ingin tahu bagaimana anda tidak akan dipermainkan lagi (dengan bekerjasama dengan musuh). Saya rasa itu yang kita semua mahu dengar. Ia agak jelas dalam politik Malaysia, tiada parti tunggal boleh menang pilihan raya bersendirian.”

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat



PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker