PKR tolak untuk sambung MoU dengan kerajaan

SHAH ALAM: Kalangan perwakilan Pemuda PKR bersependapat bahawa tiada keperluan melanjutkan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kerajaan dengan pembangkang selepas tempoh 31 Julai itu.

Aizuddin Ariffin.

Ketua Penerangan Pemuda PKR Aizuddin Ariffin berkata, memorandum itu tidak perlu dilanjutkan lagi agar PKR tidak terikat dengan perjanjian-perjanjian oleh kerajaan yang akhirnya tidak dapat membawa hala tuju parti sendiri.

“Isu MoU ini patut ditamatkan awal lagi sedangkan kerajaan tidak utamakan kehendak rakyat seperti isu kenaikan barang, isu menteri yang tak kompeten mahupun mereka yang tiada cadangan yang boleh memperbaiki kehidupan rakyat,” katanya kepada FMT.



Kata Aizuddin, rakyat berada dalam kesusahan dan begitu bosan dengan keadaan politik negara kerana wujudnya pemusatan kuasa dalam pimpinan kerajaan masa ini.

Razeef Rakimin.

Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah Razeef Rakimin turut berpendapat bahawa tiada keperluan untuk melanjutkan tempoh MoU kerana dilihat terlalu banyak perlanggaran perjanjian dilakukan oleh kerajaan.

“MoU itu dilihat tiada fungsi dah setakat ini sungguhpun terdapat beberapa perkara yang berjaya dibawa Parlimen seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), namun banyak lagi perkara belum dilaksanakan seperti Akta Anti-Lompat Parti.

“Kalau kerajaan sekarang betul-betul ikhlas, mereka sepatut laksanakan apa yang dijanjikan walaupun MoU itu batal,” katanya.



Sementara itu, Andrew Ng dari Bahagian Jerantut juga berkata, sungguhpun pada dasarnya ia perlu bergantung kepada keputusan pihak atasan, namun beliau bersetuju dengan penamatan memorandum itu kerana terlalu ramai ahli politik yang lompat parti.

Andrew Ng.

“Jadi, pembatalan MoU yang mungkin membawa kepada pilihan raya diharap dapat mengukuhkan politik negara yang boleh membawa manfaat kepada kehidupan rakyat,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) menandatangani MoU pada September 2021, bersetuju untuk bekerjasama memulihkan kestabilan politik, membolehkan kerajaan menguruskan wabak Covid-19 dan berusaha ke arah pemulihan ekonomi.

MoU yang tidak mempunyai tarikh luput itu menyatakan kerajaan dan PH bersetuju untuk tidak mengadakan PRU15 sebelum 31 Julai tahun ini.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat



PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker