Kem Rafizi menang majoriti kerusi MPP PKR, bekas menteri kasut hitam dapat undi tertinggi

Keputusan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang diumumkan hari ini menyaksikan ia didominasi pemimpin yang selari dengan timbalan presiden yang baru dilantik, Rafizi Ramli.

Daripada 20 yang berjaya menerima undi tertinggi daripada perwakilan parti untuk menyertai majlis itu, 13 daripadanya tergolong dalam ‘cai’ atau kem bekas ahli parlimen Pandan berkenaan.

Mereka terdiri daripada bekas ketua Pemuda PKR Akmal Nasir; Romli Ishak, Fahmi Zainol, Nor Azrina Surip, Lee Chean Chung, Syed Ibrahim Syed Noh, Simon Ooi Tze Min, Raiyan Abdul Rahim, Tan Kar Hing, Zahir Hassan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Hans Isaac, dan Wong Chen.



Tujuh lagi tokoh yang dipilih membarisi senarai MPP ialah Maszlee Malik, Mohd Yahya Mat Sahri, Siti Aisyah Syed Ismail, David Cheong Kian Young, Hee Loy Sian, Amidi Abdul Manan dan Elizabeth Wong.

Maszlee yang juga ahli parlimen Simpang Renggam menerima undian tertinggi dengan 1,091 undian, diikuti Akmal yang juga ahli parlimen Johor Bahru, dengan 956 undi.

Seramai 73 calon bertanding untuk mengisi 20 senarai bagi jawatan berkenaan.

PKR mengadakan pemilihan pada Mei lalu dan menyaksikan ahli parti secara umumnya berada di belakang dua kem utama iaitu Rafizi dan bekas setiausaha agung Saifuddin Nasution Ismail.



Rafizi muncul sebagai pemenang selepas menerima 59,678 undi menewaskan Saifuddin (43,010).

Bagaimanapun, dua lagi jawatan penting parti – Ketua Pemuda dan Wanita PKR – dimenangi oleh Adam Adli dan Fadhlina Sidek, yang diketahui sehaluan dengan Saifuddin.

Jawatan presiden parti dimenangi tanpa bertanding oleh Anwar Ibrahim.

Kem Rafizi menang majoriti kerusi MPP PKR, bekas menteri kasut hitam dapat undi tertinggi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul



Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker