Calon PH akui PKR tiada lagi kawasan selamat di Johor

JOHOR BAHRU – Tiada lagi ‘kerusi selamat’ untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini kerana situasi dan landskap politik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah berubah.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berkata, perkembangan tersebut membuatkan parti tersebut susah untuk meramalkan pengundi di situ kini cenderung kepada parti mana.

“Contohnya macam Parlimen Tebrau, sekarang ini bukan lagi kerusi yang menjanjikan majoriti sokongan besar terhadap PKR.



“Terdapat beberapa sebab menyebabkan situasi ini berlaku termasuk Langkah Sheraton yang sehingga kini memberi kesan kepada penyokong setia PH,” katanya mengulas cabaran dihadapinya untuk merebut semula kerusi Parlimen Tebrau pada PRU15.

Naib Presiden PKR Johor itu berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Ceramah Megah Johor di Taman Gaya di sini pada malam Ahad.

Jimmy Puah (tengah) bersama bersama orang ramai pada Ceramah Megah Johor di Taman Gaya, Johor Bahru pada malam Ahad.

 

Pada PRU14, Steven Choong Shiau Yoon yang bertanding atas tiket PKR di Parlimen Tebrau menang dengan majoriti 37,225 undi menewaskan calon BN, Hou Kok Chung dan calon Pas, Abdullah Husin.



Shiau Yoon kemudian keluar PKR dan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) pada Februari tahun lalu sebelum menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan kini merupakan Naib Presiden Kanan PBM.

Wee Tse berkata, cabaran untuk merampas semula kerusi tersebut turut dirasai semasa berkempen untuk PRU15.

“Pengundi yang menyokong kami (PKR) pada PRU14 meluahkan kemarahan mereka kepada saya. Mereka masih kecewa dengan Langkah Sheraton yang mengakibatkan kerajaan Persekutuan pimpinan PH tumbang pada 2020.

“Apabila kami mendekati mereka, masih ramai yang tidak yakin wakil rakyat yang dipilih mereka nanti tidak akan melompat parti walaupun Akta Anti Lompat Parti digubal,” ujar beliau.



Beliau mendakwa, pengundi kini sudah letih dan bosan dengan situasi politik terkini terutama melibatkan bekas ahli Parlimen PKR yang dianggap sebagai pengkhianat dan melompat parti untuk menyokong PN selepas Langkah Sheraton.

Selain itu katanya, cabaran lain dihadapinya adalah peningkatan pengundi baharu membabitkan pengundi 18 tahun dan mereka yang automatik didaftarkan sebagai pengundi di Parlimen Tebrau.

Peningkatan tersebut katanya, mencatatkan pertambahan 20 peratus pengundi baharu berusia antara 18 hingga 29 tahun di Parlimen berkenaan dan sukar untuk meramalkan pilihan atau kecenderungan mereka.

Sehubungan itu ujar Wee Tse, PH dan PKR perlu meyakinkan dan mendapatkan semula kepercayaan pengundi selepas berlakunya Langkah Sheraton.



Pada PRU15, beliau akan menentang calon BN, Datuk Nicole Wong Siaw Ting and calon PN, Mohamed Isa Mohamad Basir.

Parlimen Tebrau merekodkan jumlah pengundi tertinggi di negeri ini iaitu seramai 223,301 orang iaitu Melayu melibatkan 53.38 peratus, Cina (33.54 peratus), Indian (11.56 peratus) dan lain-lain (2.56 peratus).

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker